Isi Kandungan
Usaha martabatkan mahkamah syariah
PANDANGAN IKIM
MENURUT
Muhammad Siddiq Khan al-Qinnawji dalam kitabnya, Abjad al-Ulum,
matlamat khusus sesuatu penulisan antara lain untuk menyebarkan perkara
bermanfaat kepada masyarakat dan menjelaskan kebenaran atau
menghilangkan keraguan. Justeru, berasaskan semangat itulah, penulisan
ini dihasilkan. Lebih jelas lagi, penulisan ini adalah pandangan balas
terhadap kenyataan yang dikemukakan Sisters in Islam (SIS) dalam salah
sebuah akhbar tempatan pada 23 Januari lalu.
Kenyataan yang dikeluarkan itu adalah
sanggahan terhadap kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada 18 Januari lalu. Dalam
kenyataan beliau, Asyraf menyeru agar golongan wanita dan penyokong
gerakan kewanitaan memberikan sokongan terhadap pindaan yang
dicadangkan. Hal ini disebabkan pindaan tersebut bertujuan
mempertahankan mereka daripada perbuatan-perbuatan yang memangsakan
mereka.
Sanggahan diberikan SIS itu turut disertai pengulangan bahawa pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 sebagai tidak menyokong feminisme atau tidak membela wanita, tidak adil dan tidak Islamik.
Ditinjau dari sudut takrifan feminisme, ia
bermaksud fahaman yang menuntut persamaan hak untuk wanita. Fahaman ini
adalah suatu teori sosial dan gerakan politik dalam masyarakat Barat
yang mendukung persamaan hak tanpa mengira jantina dalam setiap aspek
kehidupan. Jelas bahawa fahaman feminisme ini adalah asing dan berbeza
sama sekali dengan pandangan alam Islam. Justeru, ia tidak relevan sama
sekali dengan masyarakat dan negara Islam. Misalnya jika kita mengambil
kira bahawa segala bentuk kekangan undang-undang dan budaya terhadap
wanita dianggap pendukung fahaman ini sebagai perlu dihapuskan bagi
memastikan persamaan tercapai.
Kekangan dimaksudkan termasuklah agama kerana dalam masyarakat Barat sekular, agama adalah sebahagian kebudayaan iaituciptaan manusia. Menyentuh tentang persamaan, kita tidak menemui perintah dalam al-Quran supaya menyamakan. Sebaliknya, Allah SWT hanya memerintahkan supaya dilaksanakan keadilan kerana keadilan dalam semua keadaan adalah baik. Kesamaan dalam banyak keadaan adalah kezaliman iaitu bertentangan dengan keadilan. Oleh itu, kita mendapati banyak peringatan agar tidak menyamakan martabat dan darjat manusia kerana ia tidak sama di sisi Allah. (Surah Ali-Imran ayat 163, Surah al-An’am ayat 83, 131 dan 165 serta Surah al-Mujadalah ayat 11).
Selanjutnya keadilan pula memberikan maksud setiap sesuatu berada di tempatnya sebenar. Hal ini disebabkan setiap sesuatu telah pun ditentukan tempatnya. Dalam hubungan ini, manusia sebagai khalifah Allah berperanan memastikan ketetapan yang ditentukan itu benar-benar terlaksana manakala Islam pula dijelaskan dalam hadis Nabi SAW yang panjang dan diriwayatkan Abu Hurairah R.A. bahawa Islam meliputi tiga asas utama iaitu akidah, ibadah, dan akhlak yang semuanya adalah syariah atau undang-undang Allah. Oleh itu, individu yang mengakui dirinya sebagai Muslim mesti menerima dan melaksanakan ketiga-tiga asas ini dalam kehidupannya tanpa sebarang dalih.
Sebagaimana kerap kali dijelaskan, Akta 355 dibentuk berasaskan punca kuasa daripada Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Negeri, Butiran 1. Oleh itu, dengan punca kuasa tersebut maka Akta 355 adalah akta sah yang dibuat menurut peruntukan Perlembagaan. Justeru, sebagai warganegara setiap individu mesti menerima kedudukan mahkamah syariah sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Selain pengiktirafan, setiap warganegara perlu memberikan sokongan terhadap apa juga langkah yang dilakukan bagi memartabatkan kedudukannya sebagaimana yang dinikmati oleh mahkamah sivil. Hal ini termasuklah melalui pindaan yang dicadangkan. Apatah lagi dengan mengambil kira bahawa kali terakhir pindaan dilakukan terhadap akta berkenaan ialah pada 1984.
Jika dibuat perbandingan, sebagai contoh pindaan telah sering kali dilakukan terhadap kanun keseksaan dengan mengambil kira tuntutan atau keperluan semasa. Misalnya, pindaan dilakukan dengan memasukkan Seksyen 130QA iaitu berkaitan kesalahan menerima suapan untuk membolehkan perbuatan keganasan dilakukan. Peruntukan ini menetapkan hukuman mati bagi kesalahan yang menyebabkan kematian selain hukuman penjara tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi 30 tahun di samping denda.
SIS turut menekankan sekiranya pihak yang berkaitan benar-benar prihatin akan hak wanita maka Undang-Undang Keluarga Islam dan Akta/Enakmen Jenayah Syariah yang ada kini hendaklah dipinda serta dikaji semula.
Menurut pertubuhan itu lagi, peningkatan hukuman semata-mata tidak menangani masalah sebenar dalam mahkamah syariah. Misalnya, diskriminasi terhadap kaum wanita, kelemahan pelaksanaan undang-undang dan ketiadaan sensitiviti dalam kalangan kakitangan mahkamah syariah terhadap isu gender. Perlu ditegaskan kepemimpinan negara sentiasa peka akan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak berhubung mahkamah syariah. Justeru, pelbagai penambahbaikan terhadap mahkamah itu diusahakan dan sedang berjalan. Ia bukan semata-mata melibatkan pindaan yang dicadangkan iaitu dengan meningkatkan hukuman yang ada. Sebaliknya, membabitkan pelbagai pendekatan lain. Hal ini dapat dilihat dengan penubuhan Jawatankuasa Pindaan Undang-Undang Kekeluargaan Islam. Jawatankuasa ini turut berperanan menerima semua pendapat yang diberikan selagi bersesuaian dengan prinsip-prinsip syarak. Demikian juga dengan penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga yang bertujuan menangani isu-isu berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.
Selanjutnya pula adalah pelantikan hakim-hakim wanita untuk turut memainkan peranan dalam pelaksanaan keadilan yang berkesan. Khusus berkaitan sensitiviti terhadap isu gender, pihak mahkamah sentiasa mengingatkan kakitangannya akan kepentingan pelaksanaan keadilan tanpa mengambil kira gender.
Meskipun banyak penambahbaikan dilaksanakan, kepemimpinan negara dan pihak mahkamah menyedari bahawa masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilakukan. Misalnya, langkah-langkah bagi mengatasi halangan pentadbiran, perubahan daripada sistem adversarial kepada inquisitorial, persekitaran mahkamah yang lebih baik, latihan untuk hakim khususnya di negara-negara yang mempamerkan sistem keadilan yang sistematik dan berkesan, kreativiti dalam penghakiman, pewujudan sistem sokongan seperti unit kaunseling dalam bidang kuasa mahkamah selain juga sokongan padu pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran kes.
PENULIS ialah Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

No comments:
Post a Comment