UKE: Perbuatan menonton video lucah itu adalah perbuatan yang dilarang agama dan perbuatan itu boleh menjerumuskan ke arah perkara yang lebih tidak elok.
Juga mendatangkan kesan psikologi kepada orang yang selalu menontonnya. Anda boleh membantu suami anda untuk dia menghentikan tabiatnya itu dengan cara menasihatinya secara bersemuka.
Pertama, nyatakan kekesalan dan tidak keselesaan anda akan perangainya itu. Kedua, nyatakan perbuatannya itu boleh mendatangkan kesan buruk terhadap anak-anak.
Ketiga, jika dia menonton melalui VCD, anda boleh membuang VCD tersebut. Keempat, alihkan perhatiannya daripada suka menonton perkara tersebut kepada menonton anda. Carilah jalan supaya dia hanya tertarik ke arah anda dan tidak berkeinginan lagi untuk menonton video tersebut.
Siapa patut sara janda?
Sekiranya orang sudah bercerai duduk kembali dengan ibunya, apakah tanggungjawab ibunya lagi menyara makan minum dia dan anaknya?
- Siti, Johor Bahru.
UKE: Si suami yang dah bercerai itu wajib menanggung nafkah anaknya walaupun sudah bercerai. Maka hendaklah dia mematuhi perintah mahkamah tentang penetapan kadar nafkah tersebut.
Si isteri pula walaupun dah tinggal semula dengan ibu bapanya, maka hendaklah melihat kepada kemampuan si ibu bapanya. Kalau mereka pun tak mampu macam mana hendak tanggung dia? Maka hendaklah dia berusaha sedaya mampu untuk menyara diri dan anaknya. Kalau mak dan ayah dia kaya-raya lainlah ceritanya.
Mak dan ayah pula bila anaknya sudah jadi janda dan tinggal pula serumah sekarang, nak atau tak nak terpaksalah berkongsi lagi rumahtangga dan terimalah si anak dan cucu seadanya.
Selalunya mak ayah tak akan membiarkan anak cucu menderita tetapi janganlah si anak cucu pula ambil kesempatan, sebaliknya sama-samalah berusaha dan bekerja supaya keluarga menjadi sejahtera.
Anak tiri malas kerja
Saya mempunyai seorang anak tiri lelaki berusia 30 tahun dan dia sudah beristeri dan ada tiga orang anak. Masalahnya dia malas bekerja dan asyik meminta wang daripada saya dan adik-beradik yang lain. Apakah hukumnya jika saya tidak menolong dengan memberikan wang kerana pada pendapat saya dia sihat dan tidak cacat anggota badan.
- Penyelamat Selalu, Ampang.
UKE: Selagi mana anda asyik memberi dengan mudah kepadanya maka selama itulah dia menjadi malas dan terus meminta.Anda kena berani berkata 'TIDAK' kepadanya selepas ini.
Semoga dengan ketegasan anda dia akan berubah. Di samping itu anda boleh mencarikan peluang pekerjaan yang sesuai dengan jiwanya untuk dia bekerja.
Anda juga boleh memberi wang kepadanya dengan syarat ada kerja yang dilakukan dan wang itu sebagai upah atas kerjanya.