Isi Kandungan
Sedia kahwin muda
Nelydia Senrose tidak kisah bergelar isteri dalam waktu terdekat
BARU
berusia 21 tahun, pelakon jelita Nelydia Senrose tidak kisah andai usia
remajanya itu ‘dikorbankan’ dengan mengakhiri zaman tersebut melalui
ikatan perkahwinan bersama kekasihnya, Qi Razali, 37.
Malah, menurut pelakon yang mula
dikenali menerusi drama bersiri Spa Q itu, perkahwinan pada usia muda
disifatkan mempunyai kelebihan tersendiri setelah melihat rakan baiknya,
Erin Malek juga berkahwin awal.
Bertemu dengan aktres tersebut ketika majlis pelancaran drama komedi Strawberi & Karipap baru-baru ini, Nelydia menyatakan persediaannya untuk bergelar isteri tanpa wujud rasa sangsi terhadap keremajaan dirinya.
Kata Nelydia, perkahwinan itu tidak
mengenal usia, bahkan terdapat kes remaja belasan tahun yang mendirikan
rumah tangga kekal bahagia sehingga ke anak cucu.
“Kalau kita lihat semula puluhan tahun lalu, datuk nenek kita berkahwin agak awal di usia mereka boleh dikatakan mentah. Akan tetapi mereka masih boleh menempuhi alam perkahwinan dengan jayanya dan mengecapi nikmat bahagia.
“Berjaya atau tidak sesuatu perkahwinan itu terpulang kepada empunya badan yang mengendalikan bahtera perkahwinan mereka. Jika baik dan betul jalan yang dipilih, insya-Allah baik jugalah balasan yang bakal diterima,” katanya berbicara tentang kebahagiaan suami isteri.
Tambahnya lagi, usia muda tidak semestinya kurang matang kerana kematangan itu boleh diperoleh menerusi pelbagai pengalaman. Perkahwinan di usia muda membentuk keperibadian yang lebih matang untuk menempuhi fasa seterusnya dalam rumah tangga.
“Contoh terdekat adalah Erin, saya mengenalinya agak lama. Dia memang seorang yang tidak kisah untuk ambil risiko, mudah membuat keputusan sendiri walaupun ada risiko tertentu yang perlu dihadapinya.
“Keputusan untuk berkahwin pun dia tentukan sendiri dan baru dirujuk kepada ahli keluarganya. Bagi saya pemikirannya cukup matang dan saya cuba untuk menjadi sepertinya, berani mengambil risiko. Alhamdulillah, saya lihat Erin bahagia dengan perkahwinannya dan memberikan sesuatu yang positif.
“Akan tetapi, kadang-kadang saya gemar merujuk apa-apa keputusan sekalipun dengan ibu bapa. Sebab saya rasa ada baiknya menjadikan kata-kata mereka sebagai rujukan demi kebahagiaan mendatang,” katanya yang melihat lebih banyak nilai positif dalam perkahwinan usia muda. - Gambar FAUZI BAHARUDIN
Kembali menyayangi Zizan Nin
Beralih kepada penglibatannya dalam drama Strawberi & Karipap musim kedua, Nelydia memberitahu bahawa watak sebagai Aunty Lisa tidak banyak perubahan berbanding musim terdahulu.
“Aunty Lisa masih seorang yang tegas, pembersih dan menjaga disiplin. Namun, apa yang menarik dalam musim kedua ini ialah kemunculan dua watak baharu iaitu Aunty Emma lakonan kakak saya sendiri iaitu Uqasha Senrose dan juga Jelita lakonan Jelita Kako.
“Keistimewaan musim kedua juga terletak kepada dua watak baharu tersebut, termasuk karakter Jelita yang sangat comel dan kelakar. Walaupun masih kanak-kanak, emosi yang dibawanya dalam cerita ini sampai dengan mesej-mesej yang mahu dipertontonkan. Sangat kagum dengan bakat seni yang dimilikinya,” kata Nelydia yang berpasangan dengan Zizan Nin.
Menurutnya, watak kanak-kanak dalam siri ini menyampaikan mesej bahawa mereka juga matang dalam menangani konflik golongan dewasa menerusi pemikiran masing-masing.
“Tidak semestinya kanak-kanak bermain sahaja 24 jam tetapi mereka juga secara kritis berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi orang lebih berusia daripada mereka.
“Dalam siri ini, Aunty Lisa dan Hairi lakonan Zizan yang sebenarnya menyukai satu sama lain mempunyai rasa ego untuk mengkui perasaan mereka lantas menyebabkan kanak-kanak yang menyedari hakikat itu memikirkan idea untuk menyatukan kedua-duanya,” cerita Nelydia menerangkan serba sedikit sinopsis drama yang turut dibintangi pelakon cilik Mia Sara dan Raykarl Iskandar itu.
Mengenai perkembangan lain, dia menjelaskan akan terbang ke Goldcoast, Australia pada Jun ini untuk menghabiskan baki penggambaran siri tersebut.
“Berkemungkinan kami berada di sana selama 18 hari dan jika tiada aral melintang, penggambaran perlu selesai sebelum Ramadan. Selain itu, saya ada mendapat skrip lanjutan daripada drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Bagaimanapun, saya belum pasti lagi sama ada skrip itu tersebut merupakan kesinambungan untuk musim kedua drama berkenaan atau telefilem untuk siaran Hari Raya Aidilfitri nanti,” tambahnya.
Makbulkan doa ibu
Berbicara lanjut perihal jodohnya dengan Qi, aktres berkenaan berkata mental dan fizikalnya secara zahir masih belum bersedia tetapi mengakui keinginannya untuk memeterai ikatan sah membuak-buak.
Menggunakan kesempatan yang diperoleh ibunya yang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Mekah pada 29 Mei lalu, Nelydia berpesan kepada bondanya supaya mendoakan segera dipertemukan jodoh.
“Ibu pergi menunaikan umrah Jumaat lalu dan saya ada berpesan kepadanya agar berdoa di Jabal Rahman untuk dipercepatkan jodoh saya. Saya berharap doa ibu dimakbulkan-Nya.
“Buat masa ini, antara saya dan Qi belum ada sebarang perbincangan untuk ke fasa seterusnya dalam perhubungan kami. Sebab itu saya mahu ibu mendoakan kebahagiaan kami,” katanya kepada Hits.
Jelas Nelydia, dia tidak mahu menyentuh lebih mengenai hal perkahwinan dengan buah hatinya kerana belum ada apa-apa persediaan lagi. Pada masa yang sama, dia tidak mahu gelojoh berbicara soal kahwin, takut kelak mengundang rasa kecewa andai berlaku perkara yang tidak diingini.
“Biarlah masa yang menentukan. Saya dan Qi selesa dalam keadaan sekarang. Hanya Allah yang mengatur jodoh antara kami berdua,” komennya.
Ujarnya, jika benar-benar perancangan ke arah perkahwinan itu telah berlaku, barulah dia akan kongsikan kepada umum mengenai perkembangan tersebut.
“Saya tidak mahu disebabkan desakan orang lain, takut nanti lain pula jadinya. Bagaimanapun saya optimis, jodoh tidak akan ke mana andai betullah Qi suami saya kelak,” katanya jujur.
Memulakan karier dalam bidang lakonan sedari usia 13 tahun sebagai remaja bernama Melissa dalam siri popular Spa Q pada 2007. Kemudian muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Chef Cinta, Datin Wannabe, dan Setia Hujung Nyawa.
Selain dirinya, Uqasha Senrose iaitu kakaknya turut membabitkan diri dalam bidang lakonan dan mencipta populariti sendiri selain kontroversi kisah cinta bersama Pekin Ibrahim dan Shafiq Kyle.
Terbaharu, adik tirinya, Raysha Rizrose dipilih sebagai pemenang Dewi Remaja, sekali gus bakal mengikuti jejak seni Nelydia dan Uqasha menjadi seorang pelakon.
Selain aktif dalam bidang lakonan, adik-beradiknya bersama ibu mereka terlibat dalam bidang kosmetik apabila mempunyai produk kecantikan dan kesihatan sendiri iaitu Secret of Senrose.

No comments:
Post a Comment