Isi Kandungan
Tangis syukur mia Sara
Bergelar ahli perniagaan pada usia yang sangat muda, Mia Sara sedih mengenangkan liku yang dilaluinya
Sedang
kanak-kanak sebaya dirinya masih berlari-lari bermain, seronok
menikmati usia cilik tanpa perlu memikirkan sangat hal-hal lain yang
lebih serius, lain pula halnya dengan pelakon Mia Sara, 11.
Lebih setahun lalu, sekembalinya
dari mengerjakan umrah dengan ahli keluarganya, dia yang mesra disapa
Mia itu bersama kenalan bapanya telah merencanakan sesuatu yang dijangka
mampu menjamin masa depan.
Lantas, lahirlah pakaian Muslimah jenama MS Couture yang fokus terhadap jualan tudung untuk kanak-kanak, mudah dipakai dan selamat.
Bertemu dengan Mia dalam pelancaran koleksi
tudung dan jubah MS Couture baru-baru ini, ketika berucap di pentas,
Mia tiba-tiba menitiskan air mata. Secara tidak langsung mengundang rasa
sebak di kalangan tetamu yang hadir.
Ditanya sebab pelakon comel itu tidak mampu mengekang air matanya daripada bercucuran, Mia menjawab, dia terkenang akan kesusahan tatkala mula-mula menceburi bidang perniagaan itu.
“Ingat lagi tahun lalu, sewaktu berniaga di bawah khemah putih di sekitar Kuala Lumpur, pernah suatu ketika langsung tidak ada pembeli. Bermacam-macam cara telah kami lakukan untuk menarik minat pelanggan, tetapi malangnya tidak menjadi.
“Akhirnya apabila tiba hidayat untuk saya memakai tudung memelihara aurat, tudung yang saya jual itulah dipakai setiap hari sehingga ke hari ini. Dan apabila bergambar dan memuat naik ke laman sosial, barulah ia mendapat perhatian.
“Hingga ke hari ini, terdapat 13 stokis seluruh negara yang berminat untuk membantu menjual produk keluaran MS Couture. Macam tidak percaya sambutan yang dulunya terlalu dingin, kini menjadi hangat.
“Saya bersyukur Allah memberi petunjuk dalam membantu meningkatkan jualan, sekali gus membuka jalan kepada saya dan rakan kongsi untuk terus bertapak dalam dunia perniagaan dengan lebih yakin walau pernah suatu ketika berputus asa,” katanya sebak.
Lebih tidak disangka, seawal usianya yang masih di bangku sekolah rendah, Mia sudah mempunyai jenama pakaian sendiri, satu pencapaian yang tidak pernah berlegar di fikirannya.
Tambah Mia, MS Couture menampilkan koleksi tudung yang didatangkan khas untuk ibu dan anak yang diberi nama Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah serta koleksi jubah yang mempunyai tiga jenis rekaan eksklusif iaitu Marissa, Sofia dan Madeena.
Di kesempatan itu, Mia turut meminta jasa baik orang ramai agar menyokong bisnesnya dengan tidak menciplak rekaan tudungnya.
“Saya tahu perkara ini sesuatu yang sukar dielak. Tetapi saya yakin, jika MS Couture menjaga kualiti, insya-Allah pelanggan akan kekal setia,” tuturnya.
Kembali aktif berlakon
Sejak memutuskan untuk bertudung pada hujung tahun lalu sekembalinya menunaikan ibadah umrah bersama keluarga, Mia akui keputusannya itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap karier lakonannya.
“Ya, tawaran berlakon semakin berkurangan. Tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin mereka terkejut melihat perubahan mendadak saya. Semua itu dihadapi dengan pasrah dan reda.
“Saya percaya, setiap orang ada rezeki masing-masing. Selepas tawaran berlakon kurang, alhamdulillah perniagaan saya pula berkembang. Itulah hikmahnya dan saya gembira dengan pendirian yang ditetapkan,” katanya.
Bagaimanapun kebelakangan ini Mia memberitahu, produser dan pengarah telah kembali menawarkannya untuk berlakon dalam produksi mereka termasuklah siri kanak-kanak popular siaran Astro Ceria (saluran 611), Strawberi dan Karipap.
Menurut Mia, dia terlalu rindukan dunia lakonan. Walaupun baru seketika tidak berlakon dek tiada tawaran, terasa begitu kekok apabila tidak masuk ke set penggambaran.
“Kalau dulu boleh kata setiap hari ada sahaja kerja perlu dilakukan di set penggambaran, tetapi sejak bertudung, kesibukan itu semakin perlahan-lahan menghilang.
“Syukur, kini saya dapat rasakan semula kesibukan di set penggambaran. Saya terlalu sukakan bidang lakonan dan belum bersedia untuk meninggalkannya,” ujar Mia yang dikenali dek kepetahan berbicara.

No comments:
Post a Comment