Isi Kandungan
KONGRES BUDAYA KOMITMEN SEMUA
MUKADIMAH
KONGRES Budaya julung kali diadakan pada 1971 dan tidak pernah lagi dibuat selepas itu. Dalam tempoh 46 tahun sejak itu, pelbagai dasar telah dilaksanakan dalam mengejar kemajuan yang telah mencorakkan kehidupan masyarakat. Tetapi sayangnya, nilai-nilai masyarakat Melayu semakin pupus dek terpengaruh dengan budaya luar.
KONGRES Budaya julung kali diadakan pada 1971 dan tidak pernah lagi dibuat selepas itu. Dalam tempoh 46 tahun sejak itu, pelbagai dasar telah dilaksanakan dalam mengejar kemajuan yang telah mencorakkan kehidupan masyarakat. Tetapi sayangnya, nilai-nilai masyarakat Melayu semakin pupus dek terpengaruh dengan budaya luar.
Bimbang budaya Melayu akan terhakis, kerajaan
dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DB P) akan menganjurkan
semula Kongres Budaya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 15
April ini untuk mencari asas-asas kehidupan bernilai tinggi bagi
masyarakat Malaysia amnya dan Melayu MUKADIMAH khususnya.
Bercakap kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan ZULKARNAIN OTHMAN, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, TAN SRI DR. RAIS YATIM memberitahu, asasasas kehidupan atau budaya bernilai tinggi itu perlu dilihat dalam konteks cara hidup dan tidak disempitkan dalam manifestasi seni sahaja.
"Sekarang setelah melihat keadaan bangsa Malaysia amnya dan
orang Melayu khasnya menghadapi cabaran masa hadapan, kami berpendapat
jika tidak diungkai beberapa perkara ulung dalam kehidupan kita, mungkin
kita terus digelombangi cara hidup luar dan tidak lagi mempunyai
asas-asas kehidupan Melayu, warga Malaysia orang Cina, orang India dan
lain-lain," kata beliau.
Bercakap kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan ZULKARNAIN OTHMAN, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, TAN SRI DR. RAIS YATIM memberitahu, asasasas kehidupan atau budaya bernilai tinggi itu perlu dilihat dalam konteks cara hidup dan tidak disempitkan dalam manifestasi seni sahaja.
MINGGUAN: Kongres Budaya pertama dianjurkan pada 1971. Kenapa ambil masa begitu lama untuk buat kongres yang kedua?
RAIS: Sebab peringatan kita
tentang kongres pertama itu, asas-asasnya agak berbeza. Masa itu
Malaysia baru terbentuk. Kita memikirkan tentang pentingnya ketuanan
Melayu dan kemerdekaan dalam Malaysia. Dalam 46 tahun ini, kita
mempunyai banyak dasar-dasar yang dianggap penting dan berkesan.
Misalnya Wawasan 2020, Dasar Pandang ke Timur dan pelbagai lagi.
Kesemuanya ada 21 dasar.
Jadi, kerajaan Persekutuan dan negeri
menganggap tidak perlu diadakan kongres kerana sudah ada banyak dasar.
Bila kita buat semakan balik, rupa-rupanya kita banyak hilang
keperibadian. Kita tidak soal tentang keperibadian tetapi banyak pasal
kemajuan dan ekonomi. Ada satu pendekatan iaitu budaya berekonomi
Malaysia yang akan dibincang. Misalnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih
berada antara 15 peratus dan 18 peratus. Kalau setakat 18 peratus, apa
kita buat? Kita kena akui kita sudah silap besar. Pakar mengatakan tidak
lebih 18 peratus tetapi kerajaan hendak mengatakan sekurang-kurangnya
23 peratus. Di situpun tidak ada satu angka yang boleh diperakukan
terus.
Satu lagi sebab kenapa tidak diadakan kongres
adalah kebanyakan orang apabila sebut kongres budaya, mereka ingat
kebudayaan sahaja. Sedangkan budaya bererti cara hidup. Dalam salah
faham begitulah ambil masa sampai 46 tahun.
Apakah keperluan untuk mengadakan Kongres Budaya pada masa sekarang?
RAIS: Sebagai Penasihat
Sosiobudaya Kerajaan, saya terasa semenjak saya menjadi Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dahulu lagi, soal hendak mewujudkan
budaya tinggi masyarakat kita sentiasa muncul setiap musim dalam erti
kata budaya dalam konteks cara hidup, bukan budaya dalam konteks
manifestasi seni sahaja.
Bermakna cara berfikir, menterjemahkan
fikiran, pendidikan kita, cara kita bertindak dalam menghadapi sesuatu
masalah secara kumpulan atau individu dan kandungan-kandungan dalam
pentadbiran negara. Ini kita anggap sebagai cara hidup.
Cara hidup inilah sebenarnya yang melahirkan
kebudayaan, waima budinya atau terjemahan kepada manifestasi budaya
dalam bentuk seni, kraf dan lain-lain. Kali terakhir kita mempunyai
Kongres Budaya adalah tahun 1971, bermakna sudah 46 tahun.
Saya sendiri terasa ketinggalan sebab tidak
sempat semasa saya menjadi Menteri Kebudayaan dahulu mendapatkan
pandangan Perdana Menteri dan kawan-kawan dalam Kabinet, pentingnya
untuk diadakan kongres. Sekarang setelah melihat keadaan bangsa Malaysia
amnya dan orang Melayu khasnya menghadapi cabaran masa hadapan, kami
berpendapat jika tidak diungkai beberapa perkara ulung dalam kehidupan
kita, mungkin kita terus digelombangi cara hidup luar dan tidak lagi
mempunyai asas-asas kehidupan Melayu, warga Malaysia orang Cina, orang
India dan lain-lain. Ini premis yang paling utama, terasa oleh kita
selepas 46 tahun.
Tempoh hari setelah berbincang dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil saya menyampaikan surat dan
pandangan saya, beliau pun bersetuju supaya kongres ini diadakan semula.
Sementelahan pula kongres pada 1971 dirasmikan oleh Tun Abdul Razak
Hussein.
Jadi, sekarang anakandanya menjadi Perdana
Menteri, saya terasa terpanggil untuk meminta persetujuan kerajaan
diberi hemah supaya kita mengadakan kongres.
Apakah isu-isu pokok yang akan dibincangkan pada Kongres Budaya kali ini?
RAIS: Saya sedar dengan
mengadakan kongres ini bukan semua masalah habis, mungkin ada tambahan
yang lain. Tetapi sekurang-kurangnya boleh kita cari nas-nas dan
kesedaran-kesedaran baharu, bagaimana kelemahan asas atau perkara yang
perlu kita wujudkan semula supaya dapat kita teruskan perjuangannya.
Pertamanya, kongres ini (diadakan) untuk
mencari asas-asas kehidupan bernilai tinggi. Bukannya soal jawi atau
bagaimana jualan akhbar Melayu menurun tetapi nilai-nilai tinggi dalam
kehidupan kita, saya dan rakan-rakan dapati ia sudah menurun.
Apakah ertinya nilai-nilai tinggi itu boleh
kita senaraikan. Senarai ini nampak seperti budi sudah berkurangan dalam
kehidupan kita. Orang Melayu sudah tidak berpegang banyak kepada budi.
Nas-nas al-Quran dan hadis elok dalam sebutannya tetapi tidak ada
terjemahannya ke bawah.
Selain daripada itu, selepas merdeka tahun
1957, kita masih dapat tandas busuk dan kotor dalam masjid dan surau.
Ini saya dapati memang menusuk pemikiran dalaman kita. Disiplin dalam
sekolah pun teruk. Masyarakat kita seolah-olah tidak ada panduan yang
berkesan untuk mengawal hal-hal seperti itu.
Harus kita bincangkan perkara ini walaupun
sekarang kita masuk ke bab Transformasi Nasional 2050 (TN50), kita
hendak lihat bagaimana Wawasan 2020 tempoh hari gagal atau kurang dan
apa yang harus kita masukkan dalam TN50. Jawapannya mudah, mesti ada
perkiraannya tentang budaya tinggi yang boleh membawa kita ke tahap
tamadun tinggi.
Bagi menerapkan budaya tinggi, sudah
tentu aspek pendidikan amat penting. Apakah perlu dibuat perubahan
terhadap dasar pendidikan?
RAIS: Saya lihat dalam aspek
tamadun tinggi, orang Thailand, Singapura dan Indonesia sudah melumbai
kita. Jadi terasa oleh saya, sekarang mesti tengok pendidikan nasional
kita.
Mungkin inilah yang harus kita bincang
bersama di mana masalah timbul dalam konteks pendidikan kita di bawah.
Hal-hal ini akan menjadi topik dan bahan pemikiran penting kepada
rakan-rakan di kongres itu. Sebahagian besar universiti, badan-badan
budaya bukan kerajaan, para guru dan pemimpin masyarakat akan terlibat.
Kami akan melibat seramai mungkin pihak yang boleh menyumbangkan
cadangan.
Topik yang satu lagi ialah cara kita mengolah
pendidikan rendah dan prasekolah. Sekarang ini semua longgar.
Prasekolahnya longgar dan di sekolah rendah tidak ada penekanan kepada
budi dan nilai persekitaran. Sungai kita paling kotor sebab tidak diajar
menghormati alam semula jadi.
Jadi pihak saya yang selalu memekik
mengatakan “Pisau raut bongkok hulu. Bentang tilam tengah halaman. Pasir
di laut jadi guru. Alam terbentang pedoman.”
Itu pantun lama tetapi orang sudah tidak pakai. Tidak ada hubungan antara pendidikan dengan persekitaran kita.
Mungkinkah Kongres Budaya ini juga diadakan setelah melihat hubungan antara kaum di negara ini yang semakin regang?
RAIS: Satu perkara lagi yang
saya rasa penting ialah budaya perpaduan kaum yang di tanah air kita
rapuh. Kita lihat sekolah Cina membawa budaya Tionghua dan mereka
meneruskan impian mereka. Bahasa mereka jangan sentuh, mereka tahu apa
hendak buat. Budaya mereka jangan sentuh, mereka tahu apa hendak buat.
Kita tidak ada pendirian itu dalam pembelajaran kita.
Jadi, guru-guru kita tidak lagi diajar
silibus budi. Kalau guru tidak cukup asuhan di situ, sampai macam mana
kita dapat mewujudkan dalam kalangan anak-anak di bawah. Bagi saya dan
kawan-kawan dalam jawatankuasa kongres, inilah masanya untuk kita
menilai semula sebelum TN50 menjadi realiti.
Dalam hal perpaduan juga kita dapati Rukun
Negara “terpijak pergi, terlanjur pulang”. Prinsip penting ini tidak
menjadi substantif. Sebaiknya Rukun Negara ini dijadikan sebagai
mukadimah kepada Akta Pendidikan. Sekarang ini mereka cap di buku
latihan sahaja.
Bagaimana Tan Sri melihat peranan raja dan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat berbudaya tinggi?
RAIS: Resolusi daripada
kongres itu akan diserahkan kepada dua pihak. Yang pertama sudah tentu
Perdana Menteri sendiri dan kita akan pohon beliau supaya secara
ikhlasnya bersetuju melihat semula kandungan pendidikan yang membawa
kepada budaya tinggi.
Kedua, kepada Majlis Raja-Raja. Sebab
Raja-raja di negara kita pun sudah berkesempatan menilai. Kebanyakan
baginda reaktif dan tidak proaktif dalam mengekalkan adat Melayu. Dalam
Perkara 160 Perlembagaan, bahasa Melayu hendaklah ditutur lazim,
beragama Islam dan mengamalkan adat-istiadat Melayu atau budaya Melayu.
Kita mempersoalkan setakat mana Raja-Raja
Melayu mengamalkan dan mempromosi adat Melayu itu sendiri. Adat termasuk
bahasa kita, menterjemahkan ajaran-ajaran penting agama, muzik dan cara
bercakap beradab tetapi kami lihat ini tidak dapat diamalkan waima di
istana dan gerak-geri para sultan kita.
Sudah tentu kita dapat kecualikan Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tetapi baginda pun memerlukan
pandangan daripada pihak-pihak tertentu.
Teguran kepada institusi raja ini mungkin agak sukar kerana ia perkara agak sensitif.
RAIS: Apakah kita derhaka
jika kita beritahu? Saya kira tidak. Sebab agama kita mengajar kita bila
kelihatan dalam suasana memerlukan keteguhan, kita perlu berani menegur
waima kita terpaksa membawa kepada Majlis Raja-Raja beberapa hal ini.
Tersentuh di sini bagaimana Yang di-Pertuan
Agong melayani tuntutan hak-hak istimewa orang Melayu. Kalau di negeri,
raja-raja. Kalau kita lihat, ia adalah intipati Perlembagaan yang tidak
boleh diambil ringan. Selain itu tentang bahasa Melayu yang sudah jelas
tidak lagi berbentuk bahasa Melayu yang dapat kita fahami dalam budaya
kita.
Buku nahu Melayu sekarang seperti buku nahu
Inggeris dengan terma-terma sekali. Ringkas sekali boleh kita kata
adverba, adjektiva, perbuatan-perbuatan subjek dan predikat. Jadi, tidak
ada cara untuk mengolah bahasa Melayu. Ini terasa oleh kita dan mungkin
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terpaksa merungkai beberapa hal dan
itupun jika dipersetujui dalam konteks kita berkerajaan.
Jadi, perlu ada kesungguhan daripada pihak
diraja dan kerajaan dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dan bahasa perdagangan. Kalau kedua-dua pihak ini tidak mahu, bahasa
Melayu tidak akan terpakai sebab tidak ada nilai komersial dan dagangan.
Apabila pergi ke bank, semua perjanjian dalam bahasa Inggeris. Insurans
pun begitu.
Apakah aspek budaya tinggi ini tidak diberi penekanan dalam intipati Wawasan 2020 sebelum ini sehingga ia kembali dibangkitkan?
RAIS: Masa Tun Dr. Mahathir
Mohamad memang ada kesilapan. Sebab nilai budi dan budaya tidak pernah
menjadi utama. Ini sudah ternyata dalam 22 tahun.
Cuma dalam Wawasan 2020 ada ungkapan hendak
mewujudkan masyarakat penyayang tetapi setakat itu sahaja. Tidak ada
akar umbinya untuk dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment