Tuesday, March 28, 2017

Tanah Melayu Semenanjung China?


Tanah Melayu Semenanjung China?

 Hasmi Hashim      Hari ini, 9:17 pagi      Hari ini, 9:30 pagi



ULASAN l Pada dekad 1980 dan 90-an kita selalu mendengar ungkapan “penjajahan bentuk baru”.
Ketika itu, makna “penjajahan bentuk baru” selalu dikaitkan dengan “penjajahan budaya” apabila rembahan budaya Barat masuk melalui pelbagai saluran seperti rancangan TV, filem, fesyen, muzik dan sebagainya.
Sekiranya ada “penjajahan bentuk baru”, tentulah wujud “penjajahan bentuk lama”. Setiap rakyat Malaysia pasti tahu sejarah Tanah Melayu ini pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing ratusan tahun lamanya.
Kuasa asing seperti Belanda dan Inggeris datang ke Tanah Melayu pada awalnya adalah untuk berniaga. Lama kelamaan barulah mereka benar-benar menjajah Tanah Melayu dan wilayah-wilayah lain di Asia Tenggara.
Kita lihat bagaimana pada ketika itu, ada raja, sultan dan pembesar Melayu diugut atau dapat ‘dibeli’ dengan wang ringgit.
Selepas sekian lama barulah kita sedar betapa nilai wang ringgit yang dipakai buat beli penguasa Melayu sebenarnya bukanlah sebesar mana berbanding apa yang bangsa ini perlu korbankan.
Tahun ini genap 60 tahun Malaysia merdeka.
Perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bukan mudah. Antara persetujuan penting adalah kaum pribumi di Tanah Melayu perlu juga memberikan kewarganegaraan kepada orang asing yang dibawa masuk oleh penjajah terlebih dahulu.
Sejarah mencatatkan bagaimana Temenggung Ibrahim di Johor pada awal abad ke-19 memperkenalkan sistem kangcu dengan mengizinkan kemasukan beramai-ramai buruh dari China untuk bekerja di ladang-ladang gambir dan lada hitam.
Dasar berkenaan kemudiannya turut digunapakai dengan skala lebih besar oleh Inggeris untuk membekalkan buruh ke estet mahupun lombong bijih.
Kemasukan orang China dari tanah besar di era itu bolehlah dikatakan sebagai gelombang kedua.
Dalam peringkat pertama hanyalah kehadiran Puteri Hang Li Po yang membawa bersamanya rombongan untuk berkahwin dengan Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah pada pertengahan abad ke-15.
Kehilangan Singapura
Kedatangan Hang Li Po tidak membawa sejumlah dayang dan pengawal yang berbondong-bondong sehingga memerlukan kerajaan Melayu Melaka mewujudkan satu wilayah atau pulau khas untuk menempatkan anak cucu mereka.
Kehadiran ramai orang asing yang kemudiannya beranak-penak itu juga antara latar sejarah di mana Melayu Raya kehilangan Singapura pada 1965. Sejak itu, Singapura bukan lagi dikepalai oleh pemimpin Melayu.
Perbenturan dua budaya antara kaum pribumi dengan orang asing pula tidak mudah untuk ditangani dengan sekelip mata.
Peristiwa 13 Mei 1969 antara naratif yang terpaksa dilalui dan ditangani oleh pemimpin kita apabila Inggeris sudah tidak mahu bertanggungjawab lagi ke atas apa yang dilakukan mereka dahulu.
Apa yang penting kepada mereka adalah mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada apa yang dilakukan.
Di pentas politik antarabangsa, pergeseran polisi luar antara Amerika dan Inggeris juga memberi kelebihan kepada Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan.
Ekonomi Inggeris menjadi lemah selepas Perang Dunia Kedua. Atas faktor inilah maka kuasa imperialis perlu melepaskan satu persatu tanah jajahannya termasuklah di Afrika, India dan Asia Tenggara.
Usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia mulai menampakkan hasil selepas hampir setengah abad tragedi 13 Mei.
Malaysia juga cukup bernasib baik kerana tragedi berkenaan tidaklah seburuk sepertimana yang dialami di Indonesia dalam dekad yang sama sehingga mengorbankan jutaan nyawa.
Peristiwa yang dikenali sebagai tragedi “lubang buaya” itu jauh lebih dahsyat sehingga dikatakan memakan lebih tiga juta nyawa.
Tidak cocok
Hari ini kehadiran beramai-ramai orang luar tanpa kawalan yang munasabah juga membuatkan warga Inggeris menjadi rimas. Mereka merasakan ada sesuatu yang merugikan kalau dibiarkan.
Tahun lalu, majoriti warga Britain telah membuat pungutan suara untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Peristiwa itu diketahui dunia sebagai “Brexit”.
Tentulah keputusan sedemikian adalah keputusan yang sukar, terutama apabila Britain merupakan antara negara penting di dalam EU sejak 24 tahun lalu.
Kehadiran orang luar bukan sahaja membawa budaya yang tidak cocok dengan warga Britain, orang luar juga dikatakan telah mengambil peluang pekerjaan, peniagaan dan memiliki kediaman yang sewajarnya dimiliki oleh rakyat tempatan.
Krisis senyap ini juga sedang berlaku di Jakarta sejak Ahok menjadi datuk bandar. Masalah besar yang sedang dihadapi oleh warga asal Jakarta adalah kemasukan besar-besaran warga luar terutamanya dari China yang membeli kondominium mewah di sana.
Kehadiran warga China itu juga tidak begitu disenangi oleh kaum Tiong Hua Indonesia sendiri.
Orang China dari Tanah Besar tidak bercakap bahasa Indonesia, tidak makan sepertimana lazimnya orang Indonesia, dan tidak pula berdiri ketika bendera merah putih dinaikkan bersama lagu Indonesia Raya.
Laluan sutera baru
Sejak presiden Xi Jinping memperkenalkan dasar “One Belt, One Road” (OBOR) pada 2013, syarikat milik negara China memang digalakkan untuk melabur dan meraih keuntungan di luar tanah besar.
Idea di belakang OBOR adalah untuk membuka “laluan sutera” baharu di zaman ini selepas laluan berkenaan pernah menjadikan China kuasa perdagangan dan politik besar satu masa dahulu.
Ketika melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, Jack Ma turut menegaskan konsep laluan sutera sebagai idea asas kepada DFTZ.
Dari sudut ini, DFTZ yang hendak diwujudkan di Malaysia tidak lebih merupakan ‘cawangan’ di luar tanah besar di mana konsep serupa telah pun wujud China.
Dengan bangga Najib menyebutkan DFTZ dapat dilancarkan dalam tempoh kurang empat bulan sejak pertemuan pertamanya dengan Jack Ma. Di situ pun sudah menunjukkan betapa terpogoh-gapahnya Putrajaya.
Di luar dewan di mana pendiri bos Alibaba itu berucap, syarikat-syarikat milik pemerintah China menguasai satu persatu projek strategik dan mega di Malaysia.
Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, kita dapat lihat pelbagai projek seperti pemilikkan jana kuasa eletrik, pembinaan rel keretapi, pembangunan bandar dan tambakan laut untuk membina pulau baru turut dikuasai oleh syarikat China.
Daripada semua kenyataan ini, maka memang munasabah untuk wujud kebimbangan mengenai kemasukkan warga dan tenaga buruh China yang jumlahnya jauh lebih besar daripada apa yang pernah berlaku di era Temenggung Ibrahim dan penjajah Inggeris dahulu.
Kemasukkan kali ini bolehlah dikatakan sebagai gelombang ketiga di dalam sejarah bangsa Melayu.
Peluang ekonomi
Syarikat-syarikat China yang membolot projek strategik dan mega atas kurniaan Putrajaya dilaporkan bukan sahaja akan membekalkan bahan keperluan dan kepakaran, tetapi turut membawa masuk buruh daripada negara mereka. Di sini peluang pekerja dan kemahiran tempatan disisihkan sama sekali.
Harapan yang ditaburkan kononnya daripada projek-projek berkenaan bakal mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan nampaknya hanyalah janji di atas kertas.
Kesan jangka masa panjang juga dapat diduga apabila warga asing itu akan segera mampu membuka perniagaan di negara ini.
Perlu diketahui, warga China yang datang itu bukan datang dengan tongkang sehingga memerlukan masa untuk generasi kedua mempunyai modal, tetapi kali ini mereka datang dengan keupayaan wang dan modal yang bukan kepalang.
Sepertimana yang dilaporkan, anak-anak mereka juga sudah dijanjikan pendidikan di sekolah-sekolah antarabangsa yang akan turut dibangunkan.
Tidak siapa boleh memberi jaminan bahawa tiada anak-anak kaum pendatang itu kelak tidak memperolehi kewarganegaraan Malaysia apabila sudah tinggal di negara ini lebih daripada sepuluh tahun.
Pergantungan keterlaluan kepada syarikat milik kerajaan China adalah langkah yang tidak bijak dan gopoh. Keadaan ini sedikit-sebanyak telah membuatkan Malaysia turut jadi bisu dalam isu yang melibatkan kepentingan serantau.
Sebagai tuan rumah kepada sidang kemuncak ASEAN dua tahun lalu di Langkawi, Najib juga gagal mengambil kesempatan menyuarakan kebimbangan terhadap pembinaan pengkalan dan pendudukan tentera China di Laut China Selatan.
Meletakkan tentera di kawasan berbalah di Laut China Selatan tidak lain adalah sebahagian daripada cita-cita OBOR-China.
Selain menguasai darat, China juga harus menguasai laluan laut.
Globalisasi sepatutnya tidak menggugat kedaulatan mana-mana bangsa. Kalau ada negara yang tergugat, nampaknya ia turut berpunca daripada kelemahan pemimpin dan bangsa itu sendiri.
Sejarah telah mengajar kita puncanya paling tidak ada dua. Satu, kerana dasar yang salah, dan, kedua; apabila pemimpin kita yang seakan boleh dibeli dengan wang ringgit.
Penjajahan tidak perlu label “lama” atau “baru”. Penjajahan tetap penjajahan. Lubang puncanya itulah yang wajar dicari dan ditutup segera.

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.



 Komen

PERINGATAN: 
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


16 komen
Sort by
Zahari Awang ·
Kebimbangan ini kurang berasas & berfikiran sempit. Kita perlu melihat dunia yang luas ini dalam bentuk tamadun. Sekarang ini, Tamadun Barat sedang menurun dari segi relatifnya berbanding tamadun2 lain. Tamadun Cina sedang menaik dengan ketara sekali. Tamadun Islam & Melayu juga sedang menaik. Kalau kenaikan Cina itu menguntungkan Tamadun Islam & Melayu, kenapa perlu kita tentang. Itu adalah strategi menang-menang. Sama2-lah kita mengambil kesempatan ini. Malaysia akan muncul sebagai sebuah Negara Perindustrian Tinggi (maju) tidak berapa lama lagi. Begitu juga Turki & Arab Saudi. Cina nampaknya akan mempercepatkan lagi proses ini. Gabungan pertahanan antara Malaysia, Indonesia, Qatar, Turki & Pakistan adalah cara yang baik dari segi ketentaraan - untuk menjaga kepentingan ekonomi & teknologi kita bersama.
SukaBalas21 jam
Kupang Sh ·
absolutely right
SukaBalas1 jam
Yusof Hussien ·
Kalau orang Melayu dan UMNO tidak berfikiran sempit, dalam runding Baling dulu mereka tidak menghalang tunku mencari perdamaian dengan membenarkan Chin Peng dan partinya meletakan senjata dengan syarat boleh bertanding dalam pilihanraya guna logo PKM, maka beribu-ribu nyawa tentera, polis, orang awam, pengganas kominis tidak perlu dikorbankan, harta benda tidak perlu dimusnahkan, dan dana dan kemudahan tidak perlu dibangunkan untuk menghadapi keadaan darurat, tentera asing kena berundur lebih awal, negara boleh dibangunkan dan dimajukan lebih awal bukan membazirkan masa berpuluh tahun di dalam keadaan darurat. Pada ketika ini Malaysia telah lebih maju, tidak perlu panggil China kominis untuk meminjamkan dana untuk apa-apa progam pun. Inilah baru namanya menang menang bagi Malaysia.
SukaBalas11 jam
Jiban Mahros
China tidak berminat mengembangkan tamadunnya........ ia hanya berminat menjajah ekonomi negara luar. Indonesia, Sri Lanka dan negara Africa telah pun merasai bahana daripada pelaburan mega China. China memang pandai memilh negara2 yg tersepit dengan masaalah ekonomi dan kewangan. Dia tabur umpan..........bila dah sangkut, senang ikut telunjuk. Jangan harap China akan membantu membangunkan tamadun Melayu & Islam.............tanya dengan China apa mereka lakukan dengan masyarakat Islam Uyghur........puasa bulan Ramadan pun ditangkap. Dimasa hadapan.......China akan bangga bukan sahaja dengan adanya "Laut China Selatan"........akan muncul pula "Semenanjung China Selatan"
SukaBalas48 min
Redzawan Mohammad
Pandangan yang bernas sebagai 'alarm' supaya msia berwaspada pada kedaulatan negara yang terus menerus terancam. Di samping itu menujukkan betapa lemahnya pimpinan negara yang diterajui oleh najib,ketololannya secara sedar atau tidak mendatangkan musibat pada negara dan dan rakyat . Nampaknya najib menggalakan neo kolonisma untuk terus berkuasa. Ini selalunya dilakukan oleh barua barua penjajah satu masa dulu secara sembunyi sembunyi tapi hari ini dilakukan dalam keadaan terang benderang , apakkah jadahnya ? Sudah jadi lumrah kerana wang ! Tak kira orang politik atau raja mereka bagai aur dgn tebing , walau pun perlu menyangak perlembagaan .
SukaBalas33 min
Redzawan Mohammad
Ingat negara kita tanggung jawab kita ! Wang yang terdesak memudahkan kita dijajah jangan sampai mampus disumpah oleh anak cucu kita . Tun telah melengkapkan tapi najib memusnahkan . Jangan sampai rakyat mengemis dalam negara sendiri. Masa itu menagis air mata darah tak berguna lagi . Msia untuk orang msia !
SukaBalas27 min
Yusof Hussien ·
Mana ada Tanah Melayu lagi atau nama singkatan bagi negara bernama Persekutuan Tanah Melayu setelah Malaysia diiktiraf oleh masjlis PBB sebagai sebuah negara baru. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan melalui perjuangan mendapatkan kemerdekaan dari penjajah walau pun hanya melalui perundingan,jadi semua fromula kontrak sosial adalah untuk rakyat Tanah Melayu. Pada ketika itu kalau ada orang Melayu cakap Tanah Melayu untuk orang Melayu, tak mungkin Lim Kit Siang boleh kata tidak. Itu sejarah Tanah Melayu bukan sejaran Malaysia. Bila semua kontrak sosial ini dipaksakan ke atas negara baru, itu menepah masalah untuk ditanggung oleh rakyat untuk jangka masa yang panjang. Sunbgguh pelik, Malaysia sebagi negara baru tidak pernah mempunyai perlembagaannya sendiri. Itu juga telah menempah masalah yang ditanggung oleh sema rakyat Malaysia bukan ditanggung oleh UMNO. Kalau UMNO dah takda barulah rakyat bebas untuk mecari jalan untuk melepaskan diri dari bebab buatan UMNO.
SukaBalas1 jam
Musa Awang ·
menjadi bokti anak melayu kita bijak dan maju mengikut peredaran zaman , kalau dulu sultan melaka kawin hang li po ditiru olih penjajah britith sekarang najib melaksanakan nya ,dengan bangga anak melayu pahang mendabik dada berjaya menambah pelaburan dari cina hingga malaysia nanti maju olih cina tapi bukan olih melayu .
SukaBalas1 jam
Tui Soo Chong
Jadi bangla lebih baik
Dengan sehelai kain dibadan serta benih benih yang dibawa bersama
Hihihiiiiiiiiii
SukaBalas1 jam
Sifu Janggut
Bangla pun lagi pandai cakap melayu drp Cina Dap.
SukaBalas28 min
Md Asmadi ·
Tahniah...Sdr Hasmi Hashim ....Warganegara @ Melayu patut sedar.. angkara kerajaan BN ini patut disekat melalui PRU14.
SukaBalas1 jam
Sifu Janggut
Ye. Caranya undilah Pakatun.
SukaBalas26 min
טעקסעיראַ אננא
Ketika melihat Singapore pun yang katanya dikuasai etnik Tionghoa dalam pembangunan kawasannya tidak menghapuskan Bugis Street. Artinya jangan pernah ragu dihantui rasa ketakutan yang berlebihan dipimpin oleh etnik apapun selama etnik memperlihatkan hasil yang lebih baik.
SukaBalas48 min
Wellideh Godol ·
Tidak semestinya jangkaan penulis akan berlaku kepada Malaysia. DS Najib sebenarnya seorang yang bijak dan segala kemungkinan sudah dipertimbangkan sebelum membuat keputusan
SukaBalas52 min
Boboi Boboi
Bahghal punye penulis...
SukaBalas11 jam
Mohd Zulkiflee Zul Satilo ·
Boboi....apa yg bahgalnya penulis ni....apa yg nyatakan adalah benar dn berfakta...mngkin hang yg baghal dn tuli....jgn syok tonton kartun boboi jer wehhh....stupid
SukaBalas21 jam
Ujang Mohd
nama boboi nih merupakan nama manja..jadi sebab telah di manjakan terlalu lama maka dia tak boleh melihat natijah terhadap dasar kita yang terlalu membuka..
SukaBalas1 jam
Yusof Hussien ·
Artikel di atas berdasarkan teori konflik. Teori mungkin benar, kalau salah bukan selah sepanjang masa. Sudah ada bukti dengan aktiviti China kominis di Sri Lanka, Zimbawae lebiih banyak menempah masalah dari menjanjikan kemewahan kepada rakyat mereka. Seperti kata seorang pakar ekonomi dan psikologi bernama Kynes ,"yang hanya percaya pada praktikal sahaja tanpa rasional akhirnya akan tertarik ke arah zaman gelap". Theory cannot be wrong at all the time.
SukaBalas57 min
Sok Aji Soko
HASMI HASIM - KAU NI SEDAP MULUT ATAU BATU API. ADA KAH KITA SELAMA NI CUKUP SUMBER MANUSIA DAN TEKNOLOGI UTK MEMBANGUN KAN NEGARA SENDIRI. KALAU MENGIKUT OTAK KAU NI, KITA MASING2 MASIH TINGGAL DI DELTA SUNGAI MELAYU DI WILAYAH LAMPONG SUMATERA SANA. SATU PENGHURAIAN YANG AMAT BODUH. DI SEBALIK NI, ADA KEPENTINGAN KER. ?
SukaBalas17 min
Songka Liao
Pengarang HASMI HASHIM perlu memperbaiki cara penulisannya
apabila membaca artikel beliau . terasa pointnya terlompat lompat. tiada tersusun dengan elok .
Adalah dukacita ,,penghujahan faktanya tidak terang ,malah mengelirukan pembaca .
SukaBalas11 jam
Man Masai
Ko ni wat2 mimpi plk klu penulis bangkang kualiti nya memang la cam nih, menulis mcm org baru bangun tido
SukaBalas1 jam
Songka Liao
Man Masai
lu rasa best itu hak lu ,.tapi lu bukankaki baca artikle.cuma hearsay saja. baca komen lu ,. gua tahu lu kaki tak baca buku , tiada pengetahuan,
SukaBalas1 jam
Apek Sepet
minta penulis bagi angka anggaran kemasukan, jangan cuma kata besar besaran, sebab kita nak bandingkan dengan bilangan bangla, myama, indon......kalau pelabur ialah orang putih dan tenaga buruh adalah bangla saya rasa penulis akan puji kepandaian PM.
SukaBalas21 jam
Redzawan Mohammad
Kerana maju jangan negara dan rakyat tergadai !
SukaBalas22 min
Ular Mak ·
pndngan penulis ni adalh dipertikaikn, bkn sj china mnlabur ke msia, bahkan seluruh dunia,,,tau x di benua afrika pelabur china melabur lebih 20 kali ganda di asia tengala....di eropah, di latin amerika mereka mnlabur ratus bilion ....adakah china ni nak tawan abis dunia...?
SukaBalas21 jam
Ular Mak ·
penulis ni jgn asyik duk kmpong shj, ada masa jelajahi lah dunia ni,.. buka minda lbih luas
SukaBalas21 jam
Anuar Daud ·
Cina DAP je yg nak tawan Malaysia@Putrajaya.
SukaBalas1 jam
Riey DeGreatt ·
Bekerja di Retired
Ular Mak ko tu yg buka mata.. kerana nk dpt duit tepi nk byar hutang.. habis kontrak bg ke china.. walhal ada sstgh projek mampu di laksanakn oleh org tempatan..
SukaBalas11 jam
Majik Rajak
Boboi dodoi tidur lah kao tutup mata mu tutup mulut mu tutup telinga mu sekali kau sedsr kao dengar rupa nya cucu cicit mu jadi pelarian di nagara sendiri.

Sana kao buat ruma atas pantai silap gaya atas laut.
SukaBalas1 jam
Majik Rajak
Apek sepot tak paya minta angkah mimang nyata melebihi kepisiti.

Obr flu.

Itu cina.

PATI dari Filipin 1980 semporna saja.melebihi orang tempayan.

Hari ini tak bolih kira tuan ku.

Amatai kita ma lahat ta kendo rupang
SukaBalas1 jam
טעקסעיראַ אננא
Penyebaran manusia dikaji dari segi ilmu antropologi. Harus diakui peradaban Tiongkok sudah lebih dahulu ada. Ajaran Islam pun menganjurkan tuntut lah ilmu sampai ke negeri China. Sewaktu di Indonesia terjadi kerusuhan etnik tahun 1998, Malaysia dan Singapura mengecam tindakan kerusuhan tersebut. Tapi berbeda dengan RRC, pemerintah RRC tidak mengeluarkan pernyataan apa apa kecaman karena menilai itu adalah kerusuhan etnik antara suku suku di Indonesia artinya RRC sudah mengakui orang2 Tionghoa yg sudah lama di Indonesia itu adalah warga negara Indonesia. Itu contohnya Fu Haifeng, sekalipun korban kerusuhan tapi tetap mengakui kelahiran Indonesia. Ndak payah lah terlalu mengungkit perkauman. Kepelbagaian kaum itu dengan sikap toleransi dan memupuk rasa persatuan serta rasa nasionalisme kepada negara.
SukaBalas57 min
Redzawan Mohammad
Zaman Tun msia dah maju tapi cari bala pilih najib !
SukaBalas27 min














No comments: