Mat Dan selamat bernikah
KUALA
TERENGGANU 12 Mac - Pengacara televisyen, Muhamed Kareef Daniel
Abdullah, 28, dan seorang gadis Melayu tempatan selamat diijabkabulkan
dalam majlis akad nikah yang diadakan di Bukit Chendering di sini, hari
ini.
Dengan sekali lafaz, beliau lebih
dikenali sebagai Mat Dan yang sering mengendalikan rancangan
pengembaraan, sah menjadi suami kepada gadis berkenaan.
Menurut salah seorang rakan Mat Dan yang enggan
dikenali, majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 5.30
petang itu hanya disaksikan oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat
kedua-dua mempelai tanpa sebarang liputan media.
“Mat Dan bernikah petang tadi selepas solat Asar.
Identiti gadis pilihan hatinya tidak dapat didedahkan atas permintaan
keluarga.
"Sebagaimana majlis tunang tadi, majlis ini turut
dibuat secara tertutup demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua
pihak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Gambar-gambar pernikahan jejaka kelahiran
Bristol, England yang fasih bercakap loghat Terengganu itu tular di
media sosial hasil perkongsian tetamu yang menghadiri majlis tersebut.
Antaranya adalah ketika Mat Dan diakad nikah dan pasangan itu makan beradap.
Terdahulu, kira-kira pukul 10 pagi ini Mat Dan
dan pasangan sempat bertunang dalam majlis serba ringkas di lokasi sama
iaitu di kediaman pengantin perempuan.
No comments:
Post a Comment