Isi Kandungan
Mia Sara pernah putus asa
SITI ATHIRAH DZULKIFLY
BERGELAR usahawan cilik,
pelakon kanakkanak yang popular dengan watak Amani dalam drama
Adamaya satu ketika dahulu sememangnya wajar dipuji kerana
mempunyai kesedaran untuk menjana ekonomi menerusi pembabitannya dalam
dunia perniagaan.
Kini memegang status sebagai pemilik rangkaian jenama MS Couture, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, mampu tersenyum bangga dengan perkembangan dan kejayaan Ms Couture yang kini sudah memiliki stokis di seluruh negara sejak ditubuhkan hampir setahun lalu.
Pun begitu, usia yang kecil bukan satu
pengecualian buat Mia untuk tidak menerima dugaan dan cabaran dalam
dunia perniagaan dan hal itu diakui sendiri oleh Mia
yang mendapat bimbingan daripada bapanya, Muhammad Ridhuan
Muhammad Saleh yang menguruskan karier seni Mia.
Cekal
Menceritakan pengalaman pahitnya saat mengharungi pahit getir dunia perniagaan, dia sudah kenal dan mengerti rasa putus asa.
“Saya rasa macam tak percaya bisnes tudung saya ini akhirnya menjadi dan kini sudah dikenali. Kalau dikenang semula, saya pernah merasai pengalaman bagaimana kami langsung tidak ada jualan kerana tiada pembeli.
“Ketika itu kami berniaga tudung di gerai biasa saja di Kampung Batu, Kuala Lumpur. Orang tak kenal pun produk saya.
“Setiap kali teringat pengalaman itu, saya pasti akan menangis,” katanya sebak.
Lantaran itu, kata Mia, dia pernah berputus asa untuk meneruskan perniagaan itu kerana baginya tidak mendatangkan tuah.
Bagaimanapun keadaan berubah sejak dia pulang daripada mengerjakan umrah sekitar Disember lalu apabila menyaksikan satu anjakan kepada perniagaan MS Couture.
Menurut Mia, segala kepayahan yang dilaluinya sebelum ini dianggap berbaloi dan dia bersyukur kerana memiliki sistem sokongan yang kuat daripada mereka yang menjadi tulang belakang kepada MS Couture.
“Saya anggap segala kepayahan itu tidak sia-sia dan usaha kami untuk menaikkan jenama ini kini berbayar dan membuahkan hasil.
“Saya tak tahu nak gambarkan macam mana tetapi saya amat terharu dan berbangga dengan pencapaian MS Couture yang sebelum ini orang tak pandang pun,” katanya.
Menceritakan mengenai perkembangan bisnesnya, kata Mia, dia juga tidak menyangka perniagaan tudungnya mendapat sambutan hangat daripada pengguna dan juga kalangan mereka yang ingin menjadi stokis dan pengedar.
Mengakui semuanya bermula dengan satu angan-angan kecil, Mia berkata, dia juga seperti usahawan lain yang menyimpan hasrat untuk melihat perniagaannya itu mampu pergi jauh.
“Semua itu seolah-olah dikabulkan oleh Allah SWT selepas saya pulang daripada umrah tempoh hari dan saya boleh nampak, sedikit demi sedikit bisnes ini berjalan dengan lancar.
“Secara tidak langsung, keyakinan itu datang semula dan saya percaya pasti ada hikmah dengan semua yang saya pernah lalui sebelum ini,” katanya.
Inspirasi
Berkenaan inspirasi utama Mia dalam dunia perniagaan, si cilik ini tidak berfikir panjang menyatakan individu tersebut kerana baginya, pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri memberi pengaruh kuat kepadanya untuk berjaya dalam dunia perniagaan.
Menyifatkan individu itu sebagai seorang yang bijak dan memiliki sikap yang dipuji, kata Mia, dia suka dengan karektor Aliff yang baginya tidak sombong walaupun sudah berjaya dan berstatus jutawan.
“Ada orang, apabila sudah kaya atau berjaya, jadi sombong. Dia tidak begitu dan paling penting, dia bersifat rendah diri walaupun sudah bertaraf jutawan.
“Bagi saya, dia bijak buat promosi dan pemasaran dan produk yang dijual juga bagus. Saya simpan impian untuk jadi sepertinya satu hari nanti,” kata Mia yang mempunyai hasrat untuk menjalin kolaborasi dengan Aliff untuk mengeluarkan produk baharu di bawah jenama MS Couture.
Dalam pada itu, kata Mia, dia juga bersyukur kini kembali aktif dalam dunia lakonan. Sebelum ini dia pernah membuat kenyataan kurang mendapat tawaran kerana sudah mengenakan hijab.
Bakal sibuk dengan aktiviti lakonan menerusi telemovie Strawberry Karipap Hello Hong Kong, Mia lega kerana kini ramai penggiat seni dan produksi sudah mula menerima imejnya.
“Saya bersyukur kerana tiada halangan untuk saya memakai tudung dalam lakonan dan kebanyakan produksi juga sudah menerima keadaan ini dan menghormati imej saya ini.
“Ada tawaran yang datang pada saya, tetapi ada juga yang terpaksa saya tolak dengan baik kerana komitmen waktu yang tidak sesuai,” katanya.
Apabila ditanya sama ada dia terfikir untuk meninggalkan dunia lakonan seandainya sudah berjaya dalam bidang perniagaan, Mia menolak perkara itu.
sebaliknya kata Mia, dia tidak akan berhenti berlakon kerana itu adalah minatnya.
“Saya akan fokus dengan Ms Couture tetapi itu tidak bermakna saya akan meninggalkan dunia lakonan.
“Saya suka dan seronok berlakon. Tak mungkin saya akan berhenti. Selagi saya diperlukan, saya akan lakukan," katanya .

No comments:
Post a Comment