Isi Kandungan
Elak cukai, beri rasuah
Hasil serbuan NRRET di dua negeri bongkar angkara dua Tan Sri
MUKADIMAH
PASUKAN Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus mencatat kejayaan dalam memperoleh semula hasil wang negara yang hilang Dua serbuan di dua buah negeri baru-baru ini telah membolehkan pasukan tersebut bukan sahaja membongkar perbuatan tidak membayar cukai oleh dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri, malah turut mendedahkan bagaimana amalan rasuah melibatkan anggota agensi penguat kuasa masih berleluasa di sesebuah negeri. Selain itu, turut didedahkan dalam laporan khas kali ini oleh Wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, MOHAMMAD YASIR JAAFAR dan FITRI AFFENDI MUSTAFA adalah kewujudan sindiket judi haram empat nombor ekor yang semakin berleluasa di seluruh negara hasil serbuan pasukan tersebut.

KUALA LUMPUR 11 Mac - Tidak
mengisytiharkan pendapatan sebenar, tidak membayar cukai dan
merasuah anggota penguat kuasa sehingga mencecah RM1.5 juta sebulan.
Itulah merupakan antara perkara yang terdedah
dalam dua serbuan terbaru oleh Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil
Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
baru-baru ini.
Dalam dua serbuan, di dua buah negeri tersebut
dan melibatkan dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri, pasukan berkenaan
mendapati, kerajaan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit setahun akibat
tindakan mereka tidak mengisytiharkan pendapatan sebenar.
"Ini termasuklah salah seorang daripada mereka
menjalankan kegiatan judi nombor ekor haram yang kita dapati bukan
sahaja beroperasi di sebuah daerah atau di seluruh negeri berkenaan
tetapi juga seluruh negara,’’ kata sumber tersebut.
Selain itu seperti dijangkakan, kata sumber,
rasuah terus menjadi ancaman apabila dalam serbuan di salah sebuah
negeri berkenaan, sindiket menyediakan peruntukan lebih RM1 juta setiap
bulan untuk segelintir pegawai dan anggota agensi penguat kuasa.
"Rasuah ini untuk diberikan kepada anggota
penguat kuasa di tiga agensi bagi memastikan kegiatan sindiket tidak
terganggu termasuklah tidak mengambil tindakan ke atas pusat hiburan
yang beroperasi melebihi waktu,’’ katanya.
Sumber itu menjelaskan, akibat daripada amalan
rasuah yang berlaku ia mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian besar
dari segi pendapatan cukai sedangkan mereka yang menjalankan kegiatan
itu mengaut keuntungan berpuluh-puluh juta ringgit sebulan.
Dalam serbuan di sebuah negeri di utara pula,
kata sumber tersebut, seorang ahli perniagaan didapati tidak
mengisytiharkan pendapatan sebenar bagi mengelakkan syarikatnya membayar
cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan.
"Kedua-dua kes itu dalam siasatan dan akaun serta aset mencecahkan beratus-ratus juta ringgit telah dibekukan,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment