Friday, March 31, 2017

9 rakyat Malaysia selamat tiba dari Korea Utara

Kembali

9 rakyat Malaysia selamat tiba dari Korea Utara


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (tengah) menyambut sembilan

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (tengah) menyambut sembilan rakyat Malaysia yang pulang dengan selamat dari Korea Utara di Kompleks Bunga Raya KLIA Sepang awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

SEPANG 31 Mac - Sembilan rakyat Malaysia yang dihalang keluar dari Korea Utara ekoran krisis diplomatik antara kedua-dua negara selamat tiba ke tanah air hari ini.
Mereka yang menaiki pesawat khas telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi.
Ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta ahli keluarga masing-masing.
Sembilan rakyat Malaysia berkenaan adalah Noor Saaidah Jamaluddin, 29, (Pembantu peribadi Duta Besar), suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md. Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya semalam menyatakan rasa syukur kerana pesawat khas yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia telah keluar dari ruang udara Korea Utara.
Kesemua sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara telah bertolak dari Pyongyang pada pukul 7.45 petang semalam waktu Malaysia - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/9-rakyat-malaysia-selamat-tiba-dari-korea-utara-1.464000#ixzz4cydnQ2LO
© Utusan Melayu (M) Bhd 







Kembali

Isi Kandungan








PM tunaikan janji bawa pulang selamat

Kembali

PM tunaikan janji bawa pulang selamat

Kaunselor, Mohd Nor Azrin Md. Zain (kiri) bertemu ahli keluarga
Kaunselor, Mohd Nor Azrin Md. Zain (kiri) bertemu ahli keluarga sebaik saja tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA Sepang awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN



PUTRAJAYA 31 Mac. - Kejayaan membawa pulang dengan selamat sembilan rakyat Malaysia dari Korea Utara tidak akan tercapai tanpa kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dan mengekori dengan rapat setiap proses rundingan ternyata mengotakan janjinya untuk membawa pulang rakyat Malaysia terbabit.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepada Kementerian Luar untuk mengetuai rundingan dengan Korea Utara dan mempercayai saluran diplomasi, Alhamdulillah, kami tak mengecewakan beliau," katanya dalam sidang akhbar selepas menyambut sembilan rakyat Malaysia berkenaan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Jelas Anifah, kejayaan itu juga merupakan kejayaan berpasukan kerana melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan.
"Saya juga berbangga kerana warga kita di Korea Utara itu sentiasa tabah dalam mengharungi episod ini, saya amat berbangga menyambut mereka pulang bagi pihak Perdana Menteri, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Kesemua sembilan rakyat Malaysia terbabit sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara berikutan ketegangan hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara ekoran kematian abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam di negara ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-tunaikan-janji-bawa-pulang-selamat-1.464003#ixzz4cyS5QB9F
© Utusan Melayu (M) Bhd 
















Wednesday, March 29, 2017

Pluralisme Agama: Politik, Fanatik Dan Realistik



PLURALISME AGAMA: POLITIK, FANATIK DAN REALISTIKProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Isu pluralisme digembar-gemburkan oleh sesetengah media dalam negara ini. Apakah tujuan sebenar, saya kurang pasti. Namun, apa pun dalam dunia terbuka hari ini, isu-isu pemikiran memang tidak dapat dielakkan. Cumanya, dalam membahas isu sebegini, ada yang ikhlas, ada yang berpolitik dan ada yang mengambil kesempatan tertentu.

Jika kita lihat isu ‘Valentine’s Day’, ramai yang membantah atas alasan ia tiada dalam Islam. Menariknya, ‘hari ibu’, ‘hari bapa’, ‘hari buruh’, hari pesakit aids dan seumpamanya juga tiada dalam ajaran Islam tapi tidak dibantah. Jika ada yang menyatakan ‘Valentine’s Day’ memberikan kesan negatif kepada masyarakat, sambutan tahun baru dan kemerdekaan pun apa kurang.

Betapa ramai yang mengambil kesempatan pada malam-malam tersebut untuk bermaksiat. Namun, tidak kuat sangat bantahan terhadapnya. Ya, kita bersetuju dengan bantahan sambutan Valentine’s Day untuk orang Islam, namun kita mesti memberikan justifikasi yang jelas. Apabila ada agenda yang tidak jelas, masyarakat akan kehairanan terhadap banyak asas tindakan yang dikaitkan dengan Islam ini.

Saya melihat ada seorang dua yang menulis tentang pluralisme di media tertentu dan seminar mereka ini diwar-warkan oleh media tertentu. MB Kelantan turut dikaitkan dengan pluralisme. Menariknya, ada yang lantang tentang pluralisme ini dalam masa yang sama menganut dan mengiktiraf ‘wahdatul wujud’ ala Ibn ‘Arabi iaitu kesatuan antara Tuhan dan makhluk dalam makam kerohanian. ‘Wahdatul wajud’ ini kepercayaan yang dikongsi oleh banyak agama dalam pelbagai tafsiran. Tidaklah pula mereka menganggap diri mereka telah jatuh ke lembah pluralisme agama. Maka, sekali lagi pelbagai persoalan timbul tentang isu pluralisme yang dibangkitkan oleh kelompok tarekat ini.
Lebih daripada itu, mereka tidaklah lantang ketika tokoh-tokoh politik yang ‘membela’ mereka melakukan upacara ritual agama lain dalam perayaan tertentu. Sebaliknya mereka yang memuja dan memuji tokoh-tokoh politik dengan pelbagai nas agama.
Pluralisme dan Relativisme
Adakah ‘pluralisme agama’ ini kufur atau tidak? Sebenarnya, ini tidak dapat dijawab melainkan kita terlebih dahulu jelas apakah yang seseorang itu faham dari pluralisme agama atau ‘religious pluralism’ tersebut. Jika dia memahami pluralisme itu menganggap semua agama itu sama nilaian di sisi Tuhan, kebenaran itu dikongsi secara bersama atau kebenaran itu relative maka itu pastinya bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada kekufuran. Ini bererti kefahaman pluralisme ini menyamai kefahaman relativisme.
Namun, jika dia menganggap bahawa pluralisme bererti mengiktiraf kepelbagaian agama, cuba memahami lebih mendalam antara satu sama lain dan bersikap bertolak ansur tanpa menggadaikan prinsip-prinsip akidah Islam terutamanya hanya Islam sebagai agama Allah, maka itu tidak membawa kepada kekufuran. Di sini bererti, kefahaman pluralisme ini tidak sama dengan relativisme yang menganggap kebenaran adalah sesuatu yang relatif.
pluralisme.jpg
 Maka, isu pluralisme ini bergantung kepada tafsiran pihak yang berbicara. Setiap pihak mempunyai kefahaman yang tersendiri tentang hal ini. Diana L. Eck (Harvard University) menyatakan pluralisme tidak sama dengan relativismePluralisme tidak menuntut seseorang meninggalkan identiti dan tanggungjawab. Juga tidak semesti bersetuju dengan semua yang diperkatakan oleh pihak yang lain. Namun bersetuju untuk berbincang, memberi dan mendengar pandangan pihak lain.
Katanya:
“pluralism is not relativism, but the encounter of commitments. The new paradigm of pluralism does not require us to leave our identities and our commitments behind, for pluralism is the encounter of commitments. It means holding our deepest differences, even our religious differences, not in isolation, but in relationship to one another..pluralism is based on dialogue. The language of pluralism is that of dialogue and encounter, give and take, criticism and self-criticism. Dialogue means both speaking and listening, and that process reveals both common understandings and real differences. Dialogue does not mean everyone at the “table” will agree with one another. Pluralism involves the commitment to being at the table with one’s commitments” (http://pluralism.org/pages/pluralism/what_is_pluralism)
Apa yang penting bukan istilah-istilah ini tetapi kepercayaan atau akidah seseorang muslim berkaitan hal ini. Jika dia percaya semua agama adalah berkongsi kebenaran yang sama, atau kebenaran itu sesuatu yang subjektif, boleh dilihat pada dimensi yang berbeza, maka itu pluralisme yang kufur. Jika dia menganggap hanya Islam agama wahyu yang diiktiraf di sisi Allah, namun kepelbagaian agama adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, manusia mesti belajar memahami antara satu sama lain, berbincang dengan cara yang baik, sudi untuk berdialog dan menyemakkan sikap dan tindakan, maka ini tidak kufur. Bahkan itulah yang dilaksanakan oleh sarjana Islam yang terbilang.
Prinsip Islam
Isu ini hendaklah ditangani dengan asas ilmu, bukan dengan fanatik, atau kepentingan politik. Realiti atau hakikat Islam dan kehidupan masyarakat manusia itu hendaklah difahami. Di sini saya sebutkan beberapa asas penting untuk kita fahami;
i. Seorang muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh para nabi sebelum baginda. Firman Allah (maksudnya):
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).
Maka, muslim tidak percaya semua agama sama di sisi Allah di sudut kebenaran dan wahyu. Ini soal akidah. Namun bukanlah bererti Islam membezakan manusia di sudut keadilan dan hak kemanusiaan.
ii. Pun begitu, Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dan hak mereka untuk berpegang dengan apa yang mereka yakin. Maka Islam menegaskan: (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:
“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikianlah ajaran Islam. Jika ibubapa pun tidak boleh memaksa agama anak sendiri, inikan pula orang lain.
islam.jpg
iii. Islam tidak memusuhi pengikut agama lain hanya kerana perbezaan agama. Bahkan muslim disuruh berbuat baik kepada mereka yang tidak menzahirkan permusuhan kepada Islam. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).
iv. Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada agama lain dan pengikutnya seperti mengiktiraf halalnya sembelihan Yahudi dan Kristian dan keizinan berkahwin dengan wanita mereka. Ini disebut dalam Surah al-Maidah ayat 5. Demikian Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada golongan paderi Kristian. Firman Allah:
“..demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong” (Surah al-Maidah: 82)
v. Islam melarang penganutnya menzalimi penganut agama lain. Perbezaan tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Firman Allah (maksudnya) :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8).
vi. Islam menggalakkan dialog dalam suasana yang harmoni dan baik. Firman Allah (maksudnya).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125)
Maka isu pluralisme hendaklah ditangani dengan ilmu, bukan fanatik atau kepentingan politik, tetapi hendaklah realitik dengan asas Islam dan kehidupan manusia.






Enakmen Jenayah Syariah Kelantan


Enakmen Jenayah Syariah Kelantan
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH KELANTAN
S.S. Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Ramai yang bertanya pendirian saya tentang enakmen hudud yang dibentangkan oleh Negeri Kelantan baru-baru ini.
1.Secara umumnya saya telah membentangkan kertas kerja dan menulis beberapa artikel mengenai hudud. Boleh dirujuk pandangan umum saya dalam tulisan-tulisan berkenan. Demikian juga banyak ucapan saya dalam pelbagai seminar, forum dan dialog boleh didapat di internet.
2. Pada dasarnya, saya menyokong hasrat baik Kerajaan Kelantan. Hudud itu asasnya ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Maka seorang muslim tidak boleh menentang hudud yang terdapat dalam kedua sumber agung tersebut.
3. Dalam masa yang sama kita hendaklah tahu bahawa perincian ataupun pendetilan undang-undang hudud itu kebanyakannya tidak disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ataupun mungkin disebut dalam beberapa nas, tetapi dari segi perbincangan fekahnya, boleh diandaikan pelbagai tafsiran, ini yang yang disebut sebagai zanniah al-dilalah (dalil yang boleh berikan lebih dari satu andaian).
4. Maka, pendetilan kepada undang-undang hudud kebanyakannya adalah ijtihad ataupun kesimpulan pandangan hukum yang dirumuskan oleh sarjana muslim dari pelbagai latar. Maka, kita dapati terdapat perbezaan dalam pendetilan hukum seperti kadar curian, suasana undang-undang itu dilaksanakan, bagaimana hukuman dilaksanakan, apakah taubat menggugurkan hukuman ataupun tidak, apakah mengandung cukup sebagai bukti dan lain-lain.
5. Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen. Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas.
6. Suasana baru yang dihadapi oleh umat Islam hari ini menuntut ijtihad-ijtihad baru berkaitan hudud. Ini turut disuarakan oleh sarjana-sarjana besar fekah di zaman ini seperti al-Syeikh Mustafa Zarqa r.h, Muhammad Abu Zahrah, r.h, Dr al-Qaradawi dan lain-lain. Justeru, al-Syeikh Mustafa Zarqa tidak bersetuju hukuman rejam di zaman ini.
7. Soal latar keadaan untuk perlaksanaan sesuatu hukum juga hendaklah dikaji dengan teliti. Untuk memudahkan pemahaman orang awam, sedekah umpamanya merupakan satu syariat yang disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tiada siapa pun boleh membantah galakan bersedekah. Namun, bagi individu yang melaksanakan sedekah, dia mungkin boleh dipertikaikan ataupun dipersoalkan di sudut kelayakan dirinya, kesesuaian masa, kesesuaian sasaran sedekah, keutamaan yang patut didahulukan, jenis barangan yang diberikan, kesan sedekahnya, cara dia bersedekah dan seumpamanya. Mempertikaikan kebaikan dan syariat sedekah itu adalah merosakkan akidah. Namun, membincangkan semula cara, pendekatan, keadaan individu yang bersedekah itu adalah dibolehkan.
8. Umat Islam hendaklah berhati-hati jangan sampai mempertikaikan syariat hudud itu sendiri. Pun begitu mereka boleh bertanya balas, tidak bersetuju dengan beberapa ijtihad berkaitan hudud yang dipilih.
9. Saya sekali lagi menegaskan, saya menyokong hasrat Kelantan. Namun dalam masa yang sama, saya memohon agar diberikan ruang supaya enakmen itu disemak lagi oleh pakar-pakar perundangan Islam dan maqasid as-Syariah diperbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
10. Semakan itu perlu agar kegagalan perlaksanaan hudud yang pernah berlaku di Libya, Sudan, Negeria, Pakistan tidak berulang di Malaysia yang akhir memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang telah dibuat oleh mereka.
11. Kita juga hendaklah mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan menggambarkan ‘kekejaman’ undang-undang yang telah berlaku bawah pentadbiran Taliban, cara hudud ISIS, Bokoharam dan lain-lain. Versi hudud mereka tidak memenuhi maqasid syariah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.
12. Umat Islam menyokong hasrat Kelantan. Dalam masa yang sama, ruang waktu untuk pandangan kesarjanaan di pelbagai peringkat hendaklah dibuka.
13. Kita umat Islam kini sedang hidup dalam era persepsi yang salah terhadap Islam dan ajarannya. Musuh-musuh Islam merancang persepsi yang salah ini. Jika kita tidak berhati-hati, hudud akan dijadikan senjata memberikan persepsi salah itu.
14.Hudud adalah pintu yang berat tapi indah lagi menyelamatkan. Maka, kita memerlukan rumah yang sesuai untuk memasangnya. Jika dipasang di rumah yang buruk, mungkin pintu indah tapi berat itu boleh meruntuhkan rumah. Namun, jika dipasang di rumah yang indah juga, maka keindahan pintu itu akan terserlah dan keselamatannya akan zahir.

Rujuk :







Himpunan tulisan Dr. Asri



Himpunan tulisan Dr. Asri


ARKIB : 14/02/2010


BAGI penduduk negara ini nama bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bukanlah satu nama asing. Beliau sentiasa memberikan buah pemikiran dan pandangan yang ilmiah dan berbeza namun pada masa yang sama mengajak umat Islam berfikir tentang apa yang diperkatakan. Beliau yang menulis pandangannya di dalam akhbar Mingguan Malaysia sejak 11 Mac 2007 melalui kolum tetapnya "Pena Mufti" telah menarik perhatian segenap lapisan masyarakat daripada peringkat atasan hinggalah rakyat biasa.
Perkara ini berlaku kerana apa yang dipersembahkan di dalam penulisannya berjaya membawa dimensi baru yang lebih meluas dan pelbagai. Keberanian dan perubahan segar yang dibawanya seringkali disajikan melalui kaedah penghujahan yang kemas dan mantap.
Aspek inilah yang telah disajikan kepada pembaca untuk dinilai, dibincangkan dan dihujah secara lebih mendalam oleh para pembaca. Mungkin sesetengah topik dan perbincangan yang dihasilkannya mencetuskan kontroversi tetapi tiada sesiapa yang boleh menolak bahawa terdapat kebernasan dalam hujah yang ditimbulkan.
Walaupun terdapat pro dan kontra dalam sesetengah perkara namun akhirnya hujah yang ditampilkan telah menjadi perbincangan umum yang menarik untuk diperkatakan secara terbuka.
Sedikit mengenai biodata Dr. Asri, beliau yang berasal dari Bukit Mertajam, Seberang Perai Pulau Pinang dilahirkan pada 1971. Beliau yang turut dikenali sebagai Dr. Maza mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Syariah.
Dr. Asri kemudiannya menyambung pelajaran peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pengkhususan dalam pengajian Islam.
Seterusnya beliau lanjutkan pengajian untuk ijazah doktor dengan pengkhususan dalam bidang Hadis di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Beliau memegang jawatan pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Pusat Ilmu Kemanusiaan USM sebelum kerajaan negeri Perlis meminjamnya untuk dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006. Beliau memegang jawatan itu sehingga 30 November 2008. Kini beliau kembali mengajar di USM.
Beliau juga telah menulis puluhan buku dan ratusan rencana serta membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar di dalam dan peringkat antarabangsa.
Malah terdapat bukunya yang telah diterbitkan di Lebanon di dalam bahasa Arab. Selain itu Dr. Asri juga mempunyai kebolehan untuk menulis puisi.
Sejak pelantikan beliau sebagai mufti banyak idea dan pendapat yang dilontarnya telah menimbulkan kontroversi namun pada masa yang sama juga ia turut menimbulkan gelombang pemikiran pembaharuan untuk didalami oleh rakyat Malaysia.
Dengan tamatnya kontrak sebagai Mufti Perlis tidak bermaksud idea dan pemikirannya terhenti setakat itu sahaja. Penulisan beliau yang disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia terus mekar menunjangi pemikiran pembaharuan malah sering menjadi perbincangan hangat di kalangan masyarakat.
Malah ramai pembaca yang telah mengumpul sendiri rencana-rencana yang disiarkan di Mingguan Malaysia untuk rujukan dan simpanan. Atas permintaan yang begitu tinggi ini maka sebahagian rencana tersebut telah dibukukan di bawah siri Islam dan Masyarakat terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Buku berkenaan yang diberi judul Mengemudi Bahtera Perubahan Minda memungkinkan para pembaca yang mengikuti penulisannya sebelum ini membuat penilaian yang lebih mendalam tentang perkara yang pernah dibincangkan sebelum ini.
Himpunan rencana ini meliputi pelbagai topik dan isu menarik mengenai pembangunan minda, pegangan masyarakat, politik dan pentadbiran serta pelbagai lagi. Malah perkara mengenai hiburan, kesenian dan ekonomi turut dibincangkan dalam koleksi penulisan beliau.
Kecenderungan rencana-rencana yang dikumpul dalam buku ini dilihat mampu mengubat kelemahan cara berfikir, kejumudan, keterbabasan sikap dan mentaliti serta penyelewengan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam erti kata lain penulisan beliau ini secara sinis cuba memujuk dengan tegas dan puitis di samping menyampaikan mesej melalui pemikiran yang bernas dan kritis.
Buku ini juga diharap dapat memperluaskan bahan bacaan yang berlandaskan Islam dalam segenap bidang kehidupan selain bertujuan membentuk masyarakat Islam yang dapat menghayati serta memahami ajaran Islam dengan sebaik-baiknya dalam melalui kehidupan seharian mereka.
Buku ini boleh didapati pada harga RM35.00 senaskah namun diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan jika pembelian dilakukan secara talian. Bakal pembeli boleh melayari www.mybooks.com.my untuk mendapatkan buku berkenan pada harga diskaun.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz4chIyyXA1 
© Utusan Melayu (M) Bhd 













SELEBRITI


SELEBRITI


030317 - Fahrin Ahmad - Mahu Ke Hollywood






























Fahrin Ahmad - Mahu ke Hollywood



FAHRIN had kerja lakonan untuk beri lebih masa kepada isteri dan anaknya, Khalifa Fahrel.


Mahu ke Hollywood




03 Mac 2017 6:00 PM

Berada di majlis anugerah berprestij dan menemu bual selebriti antarabangsa terkenal pastinya menjadi impian setiap pengacara di Malaysia. Apatah lagi peluang tersebut bukan mudah untuk digapai.
Justeru, bagi pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, andai peluang sebegitu terbuka kepadanya, dia sama sekali tidak akan menolak.
Melihat rakannya, Nabil Ahmad, berpeluang bertugas pada acara karpet merah sempena Anugerah Academy ke-89 di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini, Fahrin berkongsi rasa teruja dan menyimpan hasrat untuk melalui pengalaman yang sama.
“Bagi saya, peluang yang Nabil dapat itu membuatkan saya rasa kagum. Saya seronok untuknya kerana dia telah melakukan tugas tersebut dengan cukup baik.
“Sebagai rakan, penonton dan orang Malaysia yang mengenalinya, saya gembira melihat dia berada di sana dan dapat bertemu dengan bintang-bintang antarabangsa yang terkenal.
“Sebagai pengacara pula, itu akan menjadi satu kenangan dan profil yang tidak akan dilupakan kerana orang lain tidak mendapat peluang yang sama. Saya nampak dia telah menggunakan peluang tersebut sebaik-baiknya.
“Kalau saya dapat peluang itu, saya (juga) akan pergi, saya tidak akan melepaskannya,” ujar Fahrin.
Sinonim dengan tugasan mengacara program kesukanan sejak akhir-akhir ini, Fahrin tidak mengganggap itu sebagai halangan untuknya menggapai impian itu.
Sebaliknya, pengalaman mengacara pelbagai jenis program suatu masa dahulu menjadi senjata untuk Fahrin bergelar pengacara versatil.
“Pengalaman terdahulu saya sebagai pengacara meliputi pelbagai genre. Jadi jika diberi peluang untuk mengacara program berbentuk hiburan, tidak menjadi masalah kepada saya. Peranan dan skop kerja pengacara tetap sama cuma genrenya sahaja yang berbeza.
“Yang penting apabila ke sana, saya atau mungkin Nabil juga telah tetapkan dalam fikiran, itu bukan tugas sebagai pengacara sahaja tetapi turut membawa nama Malaysia.
“Itu adalah amanah dan tanggungjawab sebenar seorang pengacara,” jelasnya.
Tidak kejar anugerah 
Lari daripada isu pengacaraan, soal anugerah pula menjadi topik bualan dengan pelakon filem Pilot Café ini. Pernah tercalon untuk Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular, Fahrin menyifatkan niatnya bergelar anak seni bukan untuk meraih anugerah semata-mata.
“Apabila bercakap tentang anugerah, penilaian individu itu sangat subjektif. Sebagai penonton, kita melihat lakonan pelakon itu sangat hebat. Tetapi pandangan mereka yang profesional, lakonan pelakon tersebut biasa-biasa sahaja.
“Sebab itulah bagi saya, sebagai pelakon, tanggungjawab saya ialah untuk melaksanakan watak yang diberikan dengan baik. Bukan soal anugerah yang menjadi keutamaan.
“Amanah dalam menjalankan tugas perlu dijadikan perkara utama. Apabila kita ikhlas dalam bekerja, soal anugerah dan sebagainya itu akan datang kemudian. Kalau hasil kerja kita dihargai dan layak diberi anugerah adalah satu bonus.
“Selagi saya ada dalam industri tidak kira sebagai pelakon atau pengacara, saya akan buat yang terbaik dalam setiap tugasan yang diamanahkan kepada saya,” ujarnya.
Sementara itu, kelibat Fahrin dalam lapangan seni kebelakangan ini dikatakan agak samar. Sebaliknya Fahrin memilih untuk lebih menonjol sebagai pengacara.
Mengenai hal tersebut, Fahrin akui, selain daripada memilih untuk memberi fokus kepada dunia pengacaraan, persediaan menyambut cahaya mata lima bulan lalu membuatkan dia sukar menerima tawaran berlakon.
“Sebenarnya dalam diri saya ada beberapa bakat yang boleh saya ketengahkan. Kalau tidak berlakon, saya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan.
“Perjalanan saya agak perlahan sejak beberapa bulan lalu kerana saya mengehadkan pengambilan tawaran lakonan. Saya membuat keputusan tersebut kerana ketika itu isteri saya bakal bersalin dan saya perlu menyediakan lebih masa untuknya.
“Apabila jarang berlakon, timbul pula rasa rindu untuk berada di lokasi dan muncul dalam televisyen.
“Namun saya bersyukur kerana tawaran untuk saya tidak pernah putus dan sekarang saya sibuk dengan beberapa penggambaran telefilem,” jelasnya.