Sony Xperia tambah variasi tablet
Sony Corp. tidak terkecuali bersaing merebut pasaran komputer tablet apabila memperkenalkan Sony Xperia Tablet S yang diyakini mampu memberi saingan kepada produk sedia ada di pasaran.
Ramai sudah mengenali Sony Xperia, antara telefon pintar yang menjadi pilihan utama pengguna selain Samsung dan iPhone.
Dengan saiz yang hampir sama dengan tablet lain, Sony Xperia Tablet S dipasarkan dalam saiz 9.4 inci beserta skrin paparan LCD dengan kapasiti 1280p x 800p.
Bukan itu sahaja, paparan tersebut juga direka khusus untuk penggunaan di dalam dan luar rumah dari sudut pandangan yang jelas serta penggunaan antikesan jari pada paparannya.
Bagi mereka yang sedang memasak dan ingin melihat resepi di dapur menggunakan tablet ini, jangan risau ia juga boleh berfungsi dalam keadaan basah.
Selain itu, penggunaan prosessor Quad-Core dengan kelajuan 1.4Ghz amat bersesuaian dengan tablet ini dan kamera berkuasa lapan megapiksel berdefinisi tinggi sememangnya menjadikan gajet ini pilihan generasi muda.
Tidak lengkap gajet ini jika ia tidak berhubung di antara gajet lain keluaran Sony, seperti televisyen kerana pelbagai perkongsian pintar dapat dijalankan termasuklah gambar, video dan lagu.
Sony Xperia Tablet S ini bukan sahaja boleh melakukan perkongsian gambar, bahkan berfungsi menjadi butang kawalan jauh pada perkakasan audio visual (AV) di rumah.
Bagi penggemar muzik, pengguna juga dapat mendengar alunan irama lagu yang lebih berkualiti dengan penggunaan sistem audio dari Sony yang sememangnya terkenal dengan ketajaman muzik.
Bagi mereka yang belum mempunyai tablet dan merancang untuk mendapatkannya, Sony Xperia Tablet S harus menjadi senarai pilihan akhir anda.
Dijual dalam dua versi fungsi WiFi dan 3G serta berkapasiti 32G dan 16G, pengguna boleh mendapatkannya pada harga pasaran daripada RM1,399 hingga RM1,999.
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment