Sunday, January 27, 2013

Pelanggan Unifi cecah 500,000


Pelanggan Unifi cecah 500,000

IMRI Mokhtar (tengah) bersama pengurusan kanan Telekom Malaysia Bhd. menunjukkan bilangan terkini pelanggan UniFi.
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd. (TM) iaitu UniFi, melangkah ke tahun 2013 dengan cemerlang apabila melepasi jumlah langganan seramai 500,000 pelanggan baru-baru ini.
TM dalam kenyataannya berkata, pencapaian tersebut lebih bermakna apabila dicatatkan lebih awal daripada sambutan ulang tahun ketiga perkhidmatan UniFi pada Mac akan datang.
Kadar langganan tersebut melebihi tanda aras global untuk pelaksanaan perkhidmatan yang serupa.
Naib Presiden Eksekutif Pelanggan TM, Imri Mokhtar berkata, produk utama syarikat terus menjadi peneraju pasaran jalur lebar domestik, malah bilangan keluarga UniFi juga kini berkembang kepada setengah juta pelanggan.
Katanya, 2012 merupakan tahun yang cukup cemerlang bagi TM daripada segi pertumbuhan langganan UniFi dan pihaknya akan terus mengekalkan momentum berkenaan untuk tahun ini.
"Melihat kadar semasa iaitu lebih daripada 35 peratus langganan perkhidmatan kami tidak menunjukkan tanda penurunan.
"Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan manfaatnya. Sama ada pelanggan kediaman mahupun perniagaan, semua akan turut menerima faedahnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130126/ko_04/Pelanggan-Unifi-cecah-500000#ixzz2JA5f9hms
© Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: