DEFINISI LINGUSTIK KALIMAH "ALLAH" (diadaptasikan daripada hujah akademik Syed Muhammad Naquib Al-Attas)...
Jika penganut Kristian berkeras mahu menggunakan kalimah ini, ia tidak akan memberi gambaran tepat justeru bersalahan dengan persepsi mereka tentang konsep ketuhanan Kristian.
Allah tidak memiliki anak, tidak pula Allah itu anak. Allah jauh dari pegangan 'Holy Trinity' penganut Kristian (the father, son, holy spirit). Pegangan ini adalah tiang agama Kristian.
Oleh sebab itu, atas hormat dan sembah kami kepada Allah yang Maha Esa (yang satu dan bukan tiga), kami penganut agama Islam tidak dapat membenarkan penggunaan kalimah ini.
Fakta bahawa penggunaan kalimah Allah dibenarkan di Republik Indonesia pula tidak relevan dengan sentimen kita di Malaysia.
Ambil contoh jelas ini. Di negara Indonesia, penganut Kristian di sana menamakan nyanyian doa Kristian (Christian choral hymns) sebagai 'selawat'. Penggunaan dalam konteks ini jelas salah.
Dalam agama Islam, selawat ditujukan khas sebagai doa dan bukti kasih-cinta kami terhadap Rasul Allah, Muhammad. Istilah kamus Bahasa Melayu Dewan mendefinisikan: 'Doa kepada Allah supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad." Maka penggunaan selawat dalam konteks agama Kristian di Indonesia bukan hanya tidak tepat tetapi jelas salahnya.
Atas dasar ini, kepada para penganut agama Kristian (di Malaysia) yang amat saya hormati sekalian, terjemahan paling tepat untuk konsep 'God' berdasarkan pegangan agama anda adalah 'Tuhan', bukannya 'Allah'.
No comments:
Post a Comment