Monday, April 6, 2020

Kabinet batalkan kebenaran operasi kilang arak






Kabinet batalkan kebenaran operasi kilang arak

Oleh Farah Marsita Abdul Patah



KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membatalkan kebenaran operasi sebuah kilang minuman keras sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengesahkan perkara itu berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
“Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan surat pembatalan kepada kilang berkenaan dengan serta-merta,” katanya pada sidang media hari ini.
Semalam tular di media sosial sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika PKP.
Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial kerana menganggap minuman keras bukan makanan penting dalam tempoh PKP ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA








No comments: