Tuesday, September 4, 2012

Sang Saka Malaya diguna penyokong Indonesia Raya

                                                                                   Isi Kandungan

Sang Saka Malaya diguna penyokong Indonesia Raya
1:28PM Sep 4 2012
Isu bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan beberapa individu ketika perhimpunan Janji Bersih pada sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu terus menerima kecaman hari ini, termasuk oleh seorang ahli akademik PERKASA.

Prof Datuk Dr Ramlah Adam dipetik dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, Sang Saka Malaya merupakan  bendera yang digunakan oleh kumpulan yang menyokong Indonesia Raya, manakala sentimennya dibawa ke tanah Melayu semasa sebelum merdeka oleh Kesatuan Melayu Muda.

ramlah adam 150911 perkasaDalam laporan itu, beliau juga menyifatkan golongan yang mengibarkan bendera berkenaan sebagai "pelupa dan jahil sejarah tanah air" kerana rancangan untuk bergabung dengan Indonesia ditolak oleh majoriti orang Melayu pada ketika itu.

"Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju (dengan) perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pemimpin Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling yang berkata, dakwaan mengatakan Sang Saka Malaya adalah bendera asal negara ini merupakan "pembohongan besar" dan juga "sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara".

"Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadimereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya.
NONESementara itu, pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan pula berkata, "unsur pinjam-meminjam" dalam mereka bendera, seperti yang diperhatikan pada bendera Malaysia pada ketika ini, merupakan satu perkara "lumrah".
Kenyataanya yang dilaporkan Utusan Malaysia itu seterusnya membandingkan bendera Malaysia yang mirip dengan bendera Amerika Syarikat, bendera Syarikat Hindia Timur British, bendera kerajaan Majapahit, negara Liberia dan juga pulau Bikini Atoll.
Kesemua bendera berkenaan mempunyai persamaan belang merah putih pada latar belakangnya.
Beliau mempertahankan rekaan corak bendera Malaysia hari ini, yang menurutnya merupakan hasil daripada pertandingan yang dimenangi seorang arkitek di Johor pada 1950.
"Jadi tidak betul dakwaan (aktivis) Hishammuddin (Rais) itu bendera kita adalah hasil ciplak dari negara asing," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Laporan itu menyebut, Hishammuddin pada dua tahun lalu menguar-uarkan bahawa bendera Malaysia dan lagu Negaraku wajib diubah.
                                                                                      




  








No comments: