ULASAN Saya baru sahaja pulang ke UK setelah seminggu di Jordan. BumiJordan meninggalkan petanda besar dalam kehidupan saya. Apa tidaknya, di situlah saya mempelajari Bahasa Arab dan Syariah.

Walaupun dahulu ada pihak yang hasad cuba menafikan bahawa saya memiliki pengajian far’i Syariah dari Universiti Jordan, namun dunia
dokumen menafikan segala. Kadang-kala hasad dengki menjadikan kita kebingungan apakah yang dikehendaki oleh empunya penyakit itu.

Setelah 15 tahun meninggalkan Universiti Jordan, saya kembali melawat semula. Perasaan saya terbang bersama keindahan lampau. Namun, tempat kenangan tidak dapat mengembalikan keindahan, jika watak-watak kenangan sudah tiada lagi.