Sunday, August 25, 2019

Anwar sokong Dr. Zakir kekal di Malaysia


Anwar sokong Dr. Zakir kekal di Malaysia

KUALA TERENGGANU 24 Ogos - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut menyatakan pendiriannya bahawa pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik tidak perlu dihantar pulang ke negara asalnya, India.
Beliau menegaskan, Dr. Zakir sewajarnya dibenarkan tinggal di Malaysia selagi kehadirannya ke negara ini tidak mengundang konflik serta perbalahan kalangan rakyat.
Pada masa sama Anwar turut menyatakan sokongannya terhadap pendirian serta keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membenarkan pendakwah terkenal itu tinggal di Malaysia dan tidak dihantar pulang ke India.
Beliau seterusnya mengakui mengenali Dr. Zakir termasuk menghadiri program kendalian pendakwa berkenaan di Bombay, India sebelum ini.
"Dr. Zakir Naik ini, saya kenal dia dan saya pernah hadir sidang dia di Bombay. Dia ada kekuatan sebagai pendakwah tapi kita bukan taksub. Pendekatan dia itu dalam konteks di sini (Malaysia) yang kemudian mengundang perbalahan, dia bukan daei yang baik.
"Kita buat apa yang kita rasa baik, dalam perkara ini kita rasa mulanya beri ruang kepada dia telah mengundang banyak perbalahan yang tiada kesudahan dan dia pula orang asing. Jadi, polis buat kenyataan dan pendirian (larang Dr. Zakir berceramah) dan saya sendiri telah gesa dan rayu pada beliau supaya elak dari terlibat dalam percampuran politik," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Ibu Pejabat PKR Terengganu di Bukit Besar di sini hari ini. Yang turut hadir, seluruh kepemimpinan PKR Terengganu termasuk Pengerusinya, Azan Ismail.
Anwar diminta mengulas pendiriannya berhubung keputusan Dr. Mahathir bahawa Dr. Zakir tidak akan dihantar pulang ke India sebaliknya dibenarkan tinggal di negara ini. - UTUSAN ONLINE








Biodata Zakir Naik



Zakir Naik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Zakir Naik
ذاکِر ناعیک
ज़किर नाएक
Dr Zakir Naik.jpg
Zakir Naik semasa menyampaikan ceramah di Maldives
KelahiranZakir Abdul Karim Naik
18 Oktober 1965 (umur 53)
MumbaiMaharashtraIndiaIndia
PendidikanKishinchand Chellaram College
Pusat pendidikanUniversity of Mumbai
PekerjaanPenceramah bebas, Doktor perubatan
Tahun aktif1991–kini
Ahli lembagaIslamic Research Foundation
PasanganFarhat Zakir Naik
Laman webIRF.net
PeaceTV
Dr Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari Universiti Mumbai. Pada tahun 1991, beliau berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah.
Dr. Zakir Naik (44) adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran Peace TV di Mumbai,India. Beliau mendapat inspirasi dari Syeikh Ahmed Deedat kerana keupayaan menyampaikan dakwah Islam secara terperinci dan membidas kenyataan agama lain dengan kenyataan dari hafalan ayat-ayat dari kitab Al-Quran, Injil dan pelbagai lagi.

Tokoh Maal Hijrah 2013[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Doktor Zakir Abdul Karim Naik pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya, Malaysia pada 5 Nov 2013. Ini adalah untuk perkhidmatan yang signifikan dan sumbangan besar beliau kepada perkembangan Islam di peringkat antarabangsa.

Cabaran[sunting | sunting sumber]

  • Setiausaha Menteri Dalam Negara UK, Theresa May melarang masuk Dr. Zakir Naik ke Britain kerana mendakwa bahawa Dr Zakir Naik menyokong Osama bin Laden sebagai pengganas. Ceramah tersebut sebenarnya disalah anggap sedemikian oleh musuh Islam. Ikuti cermah berikut link youtube ini [2]
  • Jika mendokong kebebasan bersuara, maka jurucakap muslim hendaklah dibenarkan berucap. Sebelum ini ulama Qatar Yusuf al-Qaradawi dan Abu Ameenah Bilal Philips muslim dari Jamaica dilarang berceramah di Sheffield Arena, London's Wembley Arena dan LG Arena di Birmingham NEC.[3]
  • Walaupun kempen anti Islam meningkat, tetapi 34,000 rakyat Amerika Syarikat memeluk agama Islam dari September 2001- Julai 2002.Edward Said menulis dalam majalah Time bahawa 60.000 buku-buku tentang Islam dan Timur telah ditulis antara tahun 1800 dan 1950 sahaja.
  • Ketika kuliah di Universiti Melbourne , Zakir Naik menyatakan bahawa hanya Islam memberi perempuan keadilan sebenar. Pakaian Barat mendedahkan kepada perogolan. Oleh itu wanita hendaklah menutup kepala.
  • Pada 21 Januari 2006 , Zakir Naik berdialog dengan Sri Ravi Shankar tentang konsep Tuhan dalam Islam dan Hindu. Acara ini diadakan di Bangalore , India , 50.000 hadir di Istana Grounds
  • Setelah kuliah dengan Paus Benedict XVI pada bulan September 2006, beliau menjemput berdebat tetapi tiada jawapan.
  • Pada 31 Julai 2008 di Peace TV , Zakir Naik menyatakan peristiwa 9/11 dirancang oleh George W Bush sendiri.
  • Zakir Naik menyatakan Evolusi manusia hanyalah teori, bukan fakta. Saintis menyokong teori itu kerana teori itu bertentangan dengan Bible dan bukan kerana kebenaran. Ramai saintis menentang teori Darwin dan mereka memenagi Hadiah Noble.
  • Beliau memimpin 'Persidangan Damai' 10 hari di Somaiya Ground, SionMumbai pada 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

‘Lapang dada terima kemaafan - Syed Saddiq’



‘Lapang dada terima kemaafan - Syed Saddiq’


SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN memuat naik gambar pertemuan beliau

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN memuat naik gambar pertemuan beliau bersama dengan Zakir Naik di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak semua pihak untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, sebaliknya berlapang dada dalam isu melibatkan penceramah agama, Dr. Zakir Naik.
Beliau menerusi satu hantaran dalam akaun Instagram miliknya memberitahu, tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang bebas daripada melakukan kesilapan.
“Beliau (Zakir) sudah minta maaf dan saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kena berlapang dada bila ditegur.
“Tidak perlu nak mendabik dada dan mengeruhkan keadaan lagi. Tidak perlu juga hendak menghina dan mencaci. Lupakan kisah lalu kerana negara memerlukan proses pemulihan,” katanya menerusi status dalam akaun Instagram miliknya di sini.
Dalam status itu, beliau turut memuat naik empat keping gambarnya bersama Zakir dalam pertemuan khas hari ini.
Syed Saddiq menambah, setiap bangsa di negara ini masing-masing mempunyai sumbang yang tersendiri.
“Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama, jadi kami percaya dalam kesederhanaan terhadap ekstremis.
“Kesatuan kita adalah kekuatan kita. Oleh itu, mereka juga merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus meningkat masa depan kita bersama,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE








ZAKIR NAIK




- 140918 - Biodata Zakir Naik
- 240819 - Anwar sokong Dr. Zakir kekal di Malaysia
- 240819 - Lapang dada terima kemaafan - Syed Saddiq

































Abdul Rahman cipta nama jurnal terbaik dunia



Abdul Rahman cipta nama jurnal terbaik dunia



KUALA LUMPUR 26 Ogos - Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buat pertama kalinya berjaya mencipta nama menerusi penerbitan artikel dalam jurnal terbaik dunia, Nature Material.
UKM dalam satu kenyataan berkata, jurnal yang ditulis Dr. Abdul Rahman Mohmad dari Institut Mikro dan Nanoelektrik (IMEN) itu juga mencipta sejarah selepas menjadi penerbitan pertama membabitkan penyelidik dari institusi pendidikan dari negara ini.
Selain itu katanya, apa yang membanggakan penulis artikel bertajuk ‘ultra high current density niobium disulphide catalyst for hidrogen evolution’ turut menjadi pengarang utama dalam makalah berkenaan.
“Penulisan artikel ini berjaya meletakkan penyelidik UKM sebaris penyelidik luar negara. Antara kunci kejayaan penulisan antaranya gabungan bahan berkualiti tinggi yang disediakan oleh Abdul Rahman.
“Menerusi penyelidikan ini, ia bakal memberi kesan langsung kepada industri hijau di Malaysia dan luar negara kerana mempunyai potensi mengurangkan penghasilan tenaga hijau, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nature Material merupakan jurnal terbaik dunia dengan kedudukan ranking pertama dalam bidang kimia fizikal dan fizik gunaan. - UTUSAN ONLINE












ANAK MALAYSIA YANG MENCIPTA NAMA DI DUNIA




- 260819 - Abdul Rahman cipta nama jurnal terbaik dunia