Wednesday, November 28, 2012

Anwar dan Israel

                                                                                                         Isi Kandungan 
Anwar dan Israel

Di mana Anwar Ibrahim ketika umat Islam negara ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza baru-baru ini?

ANWAR telah menyatakan dalam The Wall Street Journal yang berbunyi, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" ("Saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan Negara Israel.")
Sejak Israel didirikan di atas wilayah milik orang Palestin, Israel menjelaskan dan mempertahankan segala tindakannya ke atas rakyat Palestin dan wilayah Palestin sebagai usaha untuk melindungi keselamatan Israel.

Antara tindakan Israel yang didakwa olehnya sebagai melindungi, mempertahan dan menyelamatkan Israel ialah:
* Membunuh beramai-ramai Arab Palestin seperti di Deir Yassin supaya Arab Palestin keluar dari wilayah yang dihadiah oleh British kepada Zionis untuk menjadi negara mereka.
* Tidak membenar orang Palestin yang dihalau keluar ini kembali ke wilayah yang dikuasai Israel.
* Menembak dan membunuh penyertaan intifada yang membaling batu, termasuk kanak-kanak.
* Memperluaskan wilayah Israel melalui serangan ketenteraan.
* Membina beratus settlement (penempatan) Yahudi di atas wilayah Palestin.
* Membekal pemastautin Yahudi dalam settlement ini dengan senjata untuk mempertahan settlement.
* Mengadakan beratus road block untuk menghalang perjalanan orang Palestin dalam kawasan orang Palestin.
* Melambatkan proses membenar rakyat Palestin berjalan sehingga yang sakit tidak sempat ke hospital dan yang mengandung melahirkan anak di road block. Anak kerap mati dan ibu berdarah sehingga meninggal dunia.
* Membedil kawasan Palestin tanpa sebab supaya Arab Palestin tinggalkan wilayah mereka dan Palestin, kemudian dimiliki sepenuhnya oleh Israel.
* Menembak roket untuk membunuh seorang pesakit di atas kerusi roda dan seorang pemimpin Hamas di Gaza.
* Mengepung kem pelarian Shatilla di Lebanon dan mengarah tentera selatan Lebanon yang terdiri daripada orang Kristian untuk membunuh 2,500 pelarian Palestin. Satu daripada pelarian Palestin yang terselamat menceritakan kepada Suruhanjaya Pengadilan Palestin yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 November 2012 bagaimana askar memasukkan semua ahli keluarganya ke dalam rumah, kemudian mengarah orang lelaki keluar dan berdiri menghadap dinding rumah dan mereka ditembak mati, termasuk bapanya dan suaminya. 28 ahli keluarganya ditembak mati sebegini.
* Menghancurkan kampung Jenin dengan serangan bersenjata dan jentolak untuk robohkan rumah dengan penduduk masih berada di dalam.
* Membedil dan menyerang Genting Gaza sehingga musnah hospital dan sekolah pada 2006. Seorang wanita Amerika yang menghalang jentolak daripada memusnahkan sebuah rumah, dilanggar dan digelek hingga mati wanita berkenaan. Mahkamah Israel mendapati askar yang memandu jentolak itu tidak bersalah.
* Menyekat kapal-kapal yang membawa ubat, makanan dan bahan binaan daripada menghampiri Gaza. Dua kapal milik Perdana Global Peace Foundation dan sebuah kapal Turki diserang di perairan antarabangsa. Sembilan orang pekerja amal Turki yang berada di atas kapal Mavi Marmara ditembak mati.
* Sekatan ke atas Gaza dikenakan sehingga sekarang walaupun ia haram dari segi undang-undang antarabangsa.
* Baru-baru ini Israel melancar roket untuk membunuh seorang ketua Hamas. Apabila Gaza melancar serangan balas dengan roket, Israel membalas dengan melancar roket dan bom ke atas Gaza. Seramai 160 orang terbunuh kerana tindakan Israel.
Semua ini dan keganasan lain lagi didakwa oleh Kerajaan Israel adalah untuk keselamatan (sekuriti) Israel.

Semua ini, mengikut Anwar Ibrahim disokong olehnya kerana semua ini adalah "efforts to protect the security of Israel" (usaha untuk melindungi keselamatan Israel).
Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh ahli Parti Keadilan Rakyat dan Pas untuk tidak mempercayai yang Anwar Ibrahim adalah penyokong Israel.
Menyokong Anwar samalah dengan menyokong Israel. Orang ini berlagak sebagai pejuang Islam untuk sokongan penyokong Pas.
Tetapi untuk menjadi Perdana Menteri, menyertai UMNO dan mengutuk Pas. Kemudian apabila digugur oleh UMNO, menyokong Pas semula.
Orang yang mudah melompat dari parti ke parti, tidak sukar lompat dari Palestin ke Israel, dari Islam ke Yahudi.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20121128/re_02/Anwar-dan-Israel#ixzz2DaiekoiK
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, November 26, 2012

Perjalanan Menuju Ilahi


Perjalanan Menuju Ilahi

SUNDAY, JULY 17, 2011




Hidup ini merupakan satu perjalanan. Allah telah menciptakan Adam dengan tanah dan pasangannya Hawa melalui tulang rusuk Adam. Bermula daripada mereka, mulalah berkembang biak kumpulan manusia seperti yang ada sekarang. Daripada 1 pasangan, lahirnya pelbagai kaum dan bangsa, sehinggalah kita dilahirkan oelh ibu bapa kita. Sebelum kita dilahirkan, ruh kita semua telah dikumpulkan di ALAM RUH. Semasa di sana, Allah telah mengambil janji daripada kita:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini." [Al-A'raf:172]
Ya! kita telah berjanji kepada Allah dan mengakuinya. Setelah itu, ruh kita mula ditiupkan ke dalam rahim ibu. Inilah alam kedua yang kita jalani, ALAM RAHIM. Selama lebih kurang 9 bulan kita berada di sini. Pada ketika ini kita sudah mula belajar sedikit demi sedikit tentang kehidupan, melalui tindakan ibu kita.
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan) oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. [Al-Insan : 2] 
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian Kami balut tulang- tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. [Al-mukminun : 14]
Fetus mula mempelajari dan mendengar apa yang dilakukan oleh ibunya. Ketika ini adalah amat digalakkan untuk ibu memberi pemakanan yang sihat dan bernutrien kepada fetus tadi. Apa yang dimaksudkan dengan nutrien bukan sahaja yang baik untuk perkembangan otak dan fizikal bayi, tetapi juga dari segi rohani bayi. Adalah amat penting untuk si ibu banyak membaca al-quran untuk diperdengarkan kepada bayi. 

Ayat-ayat yang baik untuk diamalkan ketika mengandung adalah seperti surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Surah Luqman baik untuk memberi nasihat kepada bayi sejak diawal kandungan lagi manakala Surah Yusuf baik dibaca, mudah-mudahan dengan izin Allah, bayi yang dilahirkan mempunyai paras yang segak dan menawan.

Setelah lengkap, kita akan mula dilahirkan dan bermulalah perjalanan kita di ALAM DUNIA. Ya! sekarang kita berada di alam ke 3 dalam perjalanan hidup kita. Di sinilah kita perlu melakukan sebanyak mungkin amalan untuk dibawa bekalan ke akhirat kelak. Pada masa ini jugalah kita mesti melaksanakan semua janji yang telah kita berikan kepada Allah semasa kita di alam ruh. 

Sesetengah manusia tidak menyedari hakikat ini. Mereka sewenang-wenangnya melakukan kerosakan di muka bumi ini. Mereka juga melakukan bermacam-macam kezaliman. Kezaliman kepada diri mereka sendiri seperti tidak menunaikan solat, tidak menutup aurat, tidak mengucapkan perkataan yang baik dan sebagainya. Ada juga yang melakukan kezaliman terhadap Allah dengan meninggalkan amar makruf nahi mungkar. Serta kezaliman-kezaliman yang lain. 

Di alam ini jugalah kita menemui pelbagai karenah manusia. Lebih-lebih lagi kita telah berada di akhir zaman. Terlalu takut saya melihat pelbagai kepincangan dilakukan oleh orang-orang tertentu. Begitu juga diri saya. Saya merasa takut sekali jika saya juga terjebak di antara golongan yang mengumpul dosa. Nauzubillahiminzalik. 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat
mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan." [H.R. Bukhari Muslim]
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai". [H.R. Ibnu Majah]
Saya menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat dan diri saya sendiri supaya berhati-hati dalam menghadapi tipu daya dunia akhir zaman ini. Terus terang saya katakan bahawa saya amat gerun melihat pelbagai kepincangan yang berlaku di sekitarku. Kadang-kadang membuatkan kita keliru siapakah sebenarnya yang berada di pihak yang benar, dan siapa pula yang salah. 

Siapa yang menganiya dan siapa yang dianiaya. Siapa yang menfitnah dan siapa yang difitnah. "Ya Allah jauhkan aku dan orang-orang yang aku cintai dari tipu daya dunia yang fatamorgana. Sesungguhnya aku takut kepada-Mu. Aku sangat takut tergelincir dari landasanmu Ya Allah. Selamatkanlah kami. Amin Ya Rabbalalamin."

Alam seterusnya yang akan kita jelajahi adalah ALAM BARZAKH. Di sinilah kita akan dipersoalkan tentang beberapa perkara oleh malaikat Mungkar dan Nangkir. Soalan ni memang dah lama bocor. Tapi, adakah kita dapat menjawabnya dengan baik? Wallahualam. Itu terserah kepada amalan kita semasa di dunia. Apa akan jadi kepada kita jika kita gagal menjawab soalan ini?
Siapakah Tuhan Kamu? ALLAH --- Siapa pula nabi kamu? MUHAMMAD S.A.W --- Apa agama kamu? ISLAM --- Apa pegangan hukum kamu? AL-QURAN
Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:
1-Menjaga sembahyang lima waktu
2-Banyak bersedekah
3-Banyak membaca al-quran
4-Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
1-Dusta
2-Kianat
3-Adu-adu
4-Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa didalam kubur."
Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya."
Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka."
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: "Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada ditempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu diubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segera-segera, sebab dibelakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur, ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat."
 Akhir sekali kita akan menemui ALAM AKHIRAT. Inilah hala tuju perjalanan hidup kita sebenarnya. Dunia ini hanyalah persinggahan dan hadir sementara sahaja. Ada dua tempat tinggal sahaja nanti di alam ini. Iaitu SYURGA dan NERAKA. Jika ditanya kepada semua hamba Allah, apakah tempat pilihan mereka, pasti semuanya akan menjawab syurga. Tetapi adakah perkara yang kita lakukan mendorong kita ke syurga atau sebaliknya?? Ya Allah, sesungguhnya aku sangat takut akan siksa api neraka-Mu. Jauhkanlah aku, ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat-sahabatku, orang-orang yang aku cintai serta kaum muslimin dan muslimat dari seksa api nerakamu. Amin Ya Rabbalalamin.

Di akhirat para penghuni neraka akan menjalani hukuman berupa siksa yang sangat pedih. Siksaan yang mereka derita dalam neraka itu bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difirmankan Allah seperti berikut:
“Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka.” (At-Taubah [9]:35).
“Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api.” (Al-Mu’min [40]:71-72).
“Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia.” (Ad-Dukhan [44]:47-49).
“Peganglah dia lalu belenggulah tangannya kelehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.” (Al-Haqqah [69]:30-32).
 “Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): “Rasailah azab yang membakar ini.” (Al-Hajj [22]:19-22).
Siksaan di dalam neraka yang paling ringan diberikan sandal api yang bisa membuat otak mereka mendidih.
“Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang sandal yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya karena panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorangpun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.” (HR. Bukhari-Muslim).
Disebutkan didalam salah satu hadist, bahwa penghuni neraka yang terbanyak adalah dari kalangan perempuan.
“ …orang-orang ahli neraka telah diperintahkan masuk neraka maka ketika saya berdiri di dekat pintu neraka tiba-tiba kudapatkan kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah orang-orang perempuan.”
Nauzubillahiminzalik! Ya Allah, aku adalah kaum wanita. Kaumku adalah merupakan penghuni neraka yang terbanyak. Sesungguhnya aku sangat takut tergolong dalam golongan yang banyak itu. Ya Allah jauhkanlah aku, ibu bapaku, adik-beradikku, orang-orang yang aku cintai serta muslimin dan muslimat dari siksa api nerakamu yang menyala-nyala. Ampunkan dosa-dosa kami. Kami amat takut kepada-Mu Ya Allah. Amin.

Mari menghayati bait-bait lagu nasheed ini. **Menanti Di Barzakh dari Far East**


Ubah pemikiran sebelum peraturan

                                                                                           Isi Kandungan

Ubah pemikiran sebelum peraturan


Saya terfikirkan kata-kata ummul mukminin Aishah RA mengenai penurunan (kedatangan) ayat-ayat al-Quran. 
Kata ‘Aishah: "Sesungguhnya (peringkat) awal al-Quran yang turun ialah surah daripada al-Mufassal (surah-surah pendek bermula dari Surah Qaf sehingga an-Nas) yang menyebut di dalamnya tentang syurga dan neraka. Sehinggalah apabila manusia telah kembali (datang) kepada Islam, maka turunlah (ayat-ayat) halal dan haram. 

"Jikalau (peringkat) awal al-Quran turun menyatakan: Jangan kamu minum arak, nescaya orang ramai berkata: Kami tidak akan tinggalkan arak sama sekali. Jikalau peringkat awal al-Quran turun: Jangan berzina. Nescaya mereka berkata: Kami tidak akan tinggalkan zina sama sekali."
Apa yang Aishah beritahu ialah mengenai pendekatan al-Quran dalam mengubah manusia. Ayat-ayat awal bukan menekan isu halal dan haram, sebaliknya penegaskan tentang syurga dan neraka. Dalam erti kata lain membangunkan iman tentang Hari Akhirat bahawa setiap insan akan dibalaskan kebaikan dan keburukan yang dilakukannya. 

Setelah hal itu mendalam dan dapat dihayati oleh manusia, barulah ayat-ayat berkaitan halal dan haram datang untuk membentuk peraturan syariat dalam kehidupan. Hasil dari pembentukan jiwa yang begitu menghayati tentang konsep syurga dan neraka, maka dengan mudahnya halal dan haram itu dihayati dalam kehidupan manusia ketika itu. 

Jikalau al-Quran pada awalnya berkempen soal halal dan haram sebelum pembentukan minda dan jiwa tentang Hari Akhirat pastinya manusia akan gagal mematuhi hukum-hakam tersebut.
Jiwa dan minda
Hal ini penting untuk difahami oleh kita yang ingin melakukan perubahan dalam masyarakat. Perkara yang pertama yang perlu dilakukan ialah mengubah jiwa dan minda masyarakat. Dalam erti kata yang lain, mentaliti masyarakat hendaklah diubah terlebih dahulu sebelum mengubah tindakan mereka. 

Kegagalan dalam perubahan, terutama kelompok Islamis ialah apabila wujudnya kegopohan ingin mengubah peraturan yang tersedia ada dalam sesuatu masyarakat dan negara, tanpa terlebih dahulu menjayakan agenda mengubah cara fikir dan kefahaman masyarakat. Inilah yang telah melingkupkan ‘Taliban' di Afghanistan.
Manusia yang dipaksa berubah sedangkan jiwanya enggan dan membantah akan menyimpan rasa tidak puas hati dan kebencian yang bersarang dalam jiwa mereka. Mereka mungkin tunduk buat sementara waktu mereka tidak mampu bertindak. Namun, mereka akan memberontak dan menentang apabila ruang mengizinkan. 

Pemikiran sesetengah kelompok Islamis yang tergesa-gesa untuk mewujudkan negara yang penuh dengan hukuman terhadap rakyat yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan akan meruntuhkan negara dari dalam. Mereka hanya akan membina negara yang rakyatnya hidup dalam kebencian. Lebih parah lagi kebencian kepada kelompok mullah ataupun ustaz itu nanti akan bertukar menjadi kebencian kepada agama. 

Alhamdulillah, hal ini disedari oleh kelompok Islamis yang berjaya mendapatkan kerajaan di Turki, Mesir, Tunisia dan lain-lain. Mereka nampaknya tidak tergopoh-gapah untuk melaksanakan hudud dan lain-lain peraturan yang dikaitkan dengan Islam sebelum proses kefahaman diperkukuhkan. Mereka sepatutnya mengambil langkah membangunkan pendidikan jiwa dan minda dalam kehidupan rakyat terdahulu.
Kita hendaklah sedar bahawa memperkukuhkan, ataupun membetulkan cara fikir dan faham pada zaman ini jauh lebih sukar dan payah dibandingkan dengan zaman dahulu. Banyak unsur cabaran idea dan pemikiran yang tersebar dalam kalangan masyarakat manusia. Dunia teknologi maklumat hari ini telah menjadikan pemikiran manusia begitu rencam dan bermacam. 

Oleh itu, tidak memadai sekadar berceramah di masjid dan surau untuk menyelesaikan isu kefahaman rakyat. Pembinaan semula jiwa dan minda rakyat memerlukan masa dan penyusunan yang mengambil tempoh yang tidak singkat. 

Sedangkan arak pada zaman Nabi SAW sekalipun al-Quran mengharamkannya secara berperingkat-peringkat, inikan pula pelbagai isu yang berserabut pada zaman ini dan kepimpinan Nabi SAW secara zahir tidak lagi wujud.
Taliban
Saya tertarik dengan kritikan Wahidudin Khan terhadap tindakan kerajaan Taliban pada tahun 2001 mengebom dua patung besar bersejarah Gautama Buddha di Bandar Bamiyan. Dua patung itu yang bina sejak kurun keenam telah anggap karya agung bersejarah dan telah menjadi tarikan pelancong seluruh dunia. 

Maulana Wahidudin Khan dalam The Prophet of Peace telah membandingkan tindakan Taliban itu dengan pendekatan Nabi SAW pada peringkat awal dakwah di Mekah. Walaupun pencemaran yang paling besar di Mekah ialah kewujudan 360 berhala yang mengelilingi Kaabah, namun Nabi SAW tidak memfokuskan untuk menghancurkan berhala-hala itu terlebih dahulu.
Memang benar Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim AS untuk penegakan tauhid. Kewujudan berhala di kelilingnya adalah satu pembohongan terhadap misi Nabi Ibrahim AS yang mana Nabi Muhammad SAW adalah penerus misi tersebut. 

Namun, meruntuhkan berhala dalam keadaan manusia tidak faham tidak akan dapat mengubah keadaan, sebaliknya mungkin berhala yang lebih banyak akan dibina. Maka, pada peringkat awal dakwah Nabi SAW tidak meruntuhkan berhala yang ada, sebaliknya memberikan tumpuan kepada menyampaikan tauhid dan misi ajaran Islam yang sebenar.

Setelah Mekah dikuasai dengan kefahaman majoriti manusia berubah, maka berhala-berhala pun diruntuhkan.
Wahidudin Khan mengkritik Taliban dengan menyatakan alangkah baiknya jika Taliban mengambil kesempatan dengan kehadiran pelancong yang ramai untuk menyebarkan mesej Islam dan kerajaan mereka secara natural bukan dengan kekerasan. (hlm 24. New Delhi: Penguin Books).
Keras
Saya rasa, sebab utama wajudnya kelompok terroris ialah apabila ada kecenderungan mendahulukan hukuman sebelum dakwah. Mendahulukan menghukum manusia sebelum berbicara dengan cara yang baik. Mengutamakan undang-undang agama, sebelum dialog memahamkan manusia berhubung dengan tujuan agama.
Kelompok yang keras seperti ini mungkin rasa berpuas hati apabila melihat manusia patuh kepada hukum agama yang diwujudkan, tanpa mereka menyedari bahawa memaksa manusia mematuhi agama yang tidak difahami dan disetujui oleh mereka hanya mewujudkan sifat munafik dalam jiwa. 

Misi Islam bukan untuk mewujudkan manusia patuh undang-undang agama di dunia secara paksa, sebaliknya misi asal Islam ialah untuk menyelamatkan manusia dari neraka dan memasukkan manusia ke dalam syurga. Hal ini hanya dapat berlaku apabila manusia menerima agama dengan ikhlas dan jujur. Sebab itulah Nabi SAW - seperti yang diriwayat oleh al-Bukhari dan selainnya - menziarahi Yahudi yang hampir meninggal dan mengajarnya shahadah. 

Sekalipun dia hampir mati dan tiada ruang untuk kembali menjadi warga Madinah yang taat, tetapi tanggungjawab terbesar misi Islam ialah memastikan manusia kepada kembali kepada Allah dengan rela dalam apa keadaan sekalipun.
Ini tidak bererti kita menolak peraturan yang bersifat Islamik, tetapi ia hanya hadir setelah kefahaman rakyat dimantapkan dengan hujah dan alasan yang menundukkan jiwa dan minda mereka. Maka, meletakkan keutamaan sesuatu agenda agama untuk mengubah perundangan tanpa melihat kepada persekitaran kefahaman bukanlah langkah yang bijak.
Nabi SAW apabila sampai ke Madinah memulakan program-program yang membangunkan rakyat atau constructive activities, sebelum bercakap tentang peraturan yang mengongkong mereka. 

Baginda membina masjid yang berfungsi dengan sepenuhnya, membangunkan persaudaraan antara kaum, mengujud toleransi dalam kehidupan beragama antara Muslim dan Yahudi.

Selepas itu kita dapati baginda menghidupkan suasana membantu yang kesusahan, menghalang kezaliman, memudahkan yang halal dan menyusahkan yang haram. Apabila undang-undang diwujudkan selepas itu, maka ia sudah serasi dengan jiwa masyarakat.
Apabila suasana berubah, maka keadaan umat Islam juga berubah. Maka banyak perkara perlu dilakukan dalam memahami semula umat Islam dan masyarakat umum tentang Islam sebelum menjatuhkan hukuman kepada mereka. 

Menuduh orang lain anti-Islam, ataupun menuduh non-Muslim kafir harbi ataupun menuduh Muslim kafir dan sesat sebelum didahului dengan penerangan yang betul, itu satu kesalahan. Sikap suka mendahulukan persoalan halal dan haram tanpa diberikan alasan dan pendekatan yang jelas dan baik, juga tidak serasi dengan cara al-Quran yang Allah turunkan. 

Undang-undang, hukuman dan penilaian atas nama agama hanya wujud selepas penerangan dan kefahaman yang sebenarnya disebarkan dengan secukup-cukupnya. Apabila agama lebih meresap ke dalam jiwa dan minda, maka semua kata-kata agama itu mudah sahaja untuk diterima.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis.

'Memasarkan' Islam kepada umat moden


                                                                                           Isi Kandungan
'Memasarkan' Islam kepada umat moden



Sama ada dahulu atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen. 
Sikap yang seperti itu dinamakan dengan fanatik atau taksub. Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak yang lain itu telah memberikan hujah dan dalil yang kukuh. 

Sesuatu pendapat itu sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta yang diberikan.
Keburukan fanatik
Fanatik ini telah berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu. Ia sehingga membawa kepada permusuhan sesama Islam dek perbezaan pendapat dalam hukum syarak.

Sehingga dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidil Haram, Mekah umat Islam bersolat dengan empat imam dan setiap imam mewakili mazhab masing-masing. Setiap makmum akan memilih imam yang sesuai dengan mazhabnya. 

Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Hal ini berterusan, sehinggalah gerakan pembaharuan pemikiran agama berjaya menghapuskan kekarutan tersebut. Bayangkanlah jika hal tersebut berterusan sehingga hari, di kala umat Islam begitu lemah dan berpecah.
Selepas Rasulullah SAW wafat, baginda meninggalkan ramai para sahabah yang merupakan ilmuwan besar bagi umat ini. Namun, tiada seorang di kalangan para sahabah yang agung itu menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain. 

Perkara yang seperti itu tidak pernah didakwa oleh khalifah yang empat, atau ‘Abd Allah bin Masud, ‘Abd Allah bin ‘Umar, atau ‘Abd Allah bin ‘Abbas atau selain mereka. Padahal mereka jauh lebih memahami syariat Rasulullah SAW dari orang selepas mereka.

Malangnya, apabila muncul imam-imam mazhab seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain-lain tokoh lagi, tiba-tiba ada di kalangan pengikut mereka yang taksub mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambilnya dari imam lain. 

Ini seperti pengikut fanatik Mazhab Hanafi yang membantah orang Pakistan mengambil pendapat selain dari Mazhab Hanafi. Atau pengikut fanatik Mazhab Malik yang menghalang membantah Maghribi mengambil pendapat selain dari Mazhab Malik. 

Atau pengikut fanatik Mazhab al-Syafie yang membantah orang Malaysia mengambil selain dari Mazhab al-Syafie. Kontradiknya, dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa imam-imam tersebut kesemuanya adalah tokoh-tokoh sarjana ahli Sunnah, tetapi menolak keilmuan mereka hanya kerana faktor daerah atau negara. 

Padahal, para imam itu sendiri tidak pernah mengajar demikian dan negara-negara yang wujud ini belum pun terbentuk pada zaman mereka apatah lagi pada Rasul SAW. 

Tokoh terkenal, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan berkata: 

"Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab. 

"Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. 

"Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini! (Dr Abd al-Karim Zaidan, Al-Sunan al-Ilahiyyahms 147, Beirut: Muassasah al-Risalah)
Menyanggahi norma Ilmu
Dalam dunia akademik tulen, perbuatan seperti itu dianggap menyanggahi norma-norma keilmuan yang menuntut keluasan minda dan penelitian fakta. Alangkah ruginya sikap sedemikian, yang bererti kita telah menghalang perkembangan pengetahuan dan kesarjanaan hanya kerana perbezaan nama tokoh dan daerah yang kita tinggal. 

Padahal dalam kehidupan biasa kita berkempen agar mengambil manfaat dari dunia lain. Di Malaysia, kita pernah berkempen "Dasar Pandang ke Timur", sekalipun majoriti Jepun dan Korea bukanlah Muslim. 

Kita mengambil ilmu dan menggerakkan negara dari ilmu Barat atau Timur yang membolehkan kita maju ke hadapan, tanpa mengira latar agama. 

Tiba-tiba dalam masa yang sama, ada pula yang menyatakan, anda tidak boleh mengambil pendapat al-Imam Ahmad, atau al-Imam Malik atau al-Imam Al-Auza'i atau al-Imam Ibn Hazim al-Andalusi atau Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, atau al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah, atau tokoh moden seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Mustafa al-Zarqa, Ibn Baz, al-Albani, al-Uthaimin atau selain mereka kerana mereka bukan Mazhab al-syafi'i. 

Pada hal dunia ilmuwan akur akan kesarjanaan mereka. Bahkan pendapat mereka itu boleh dinilai kualitinya berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan mereka. Jika kita menolak pendapat mereka hanya kerana nama bukan kerana fakta, maka itu sentimen puak atau kejumudan minda bahkan itu adalah pengkhianatan ilmiah juga penghapusan khazanah ilmu.
Dr Yusuf al-Qaradawi dengan jelas dalam masalah ini menyebut: 

"Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. 

"Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. 

"Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. 

"Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." (Dr Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru' wa al-Tafarruq al-Mazmum , ms 202, Kaherah: Dar al-Sahwah)
Penilaian semula
Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai oleh pihak yang lain. Maka kita pula berhak untuk mengambil pandangan lain yang pada penilaian kita lebih dekat kepada fakta dan lebih mampu menterjemahkan wajah Islam yang sebenar.

Umpamanya, pendapat dalam mazhab al-Syafie, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar untuk dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina? (lihat: Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). 

Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafie dikekalkan yang mensyaratkan setiap urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita di zaman moden ini membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada. 

Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang Muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan non-Muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan berbagai lagi. 

Bahkan pandangan-pandangan agama yang menyusahkan tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunah patutlah dielakkan terutama untuk generasi moden yang mula fobia dengan agama. Apatah lagi kepada yang baru menganut Islam. 

Dr Yusuf al-Qaradawi juga pernah menyebut: "Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunah. 

"Kedua-duanya tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang Muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuwan sahaja tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. 

"Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah seseorang yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah Taala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fikah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu." (Dr Yusuf al-Qaradawi, Kaif Nata'amal Ma' al-Turath, ms 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).
Taklid mazhab
Tokoh fikah semasa lain yang terkenal Dr Wahbah al-Zuhaili pula menyebut: 

"Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafie atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. 

"Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan Rasul-Nya. Allah dan Rasul-Nya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain. 

Firman Allah (maksudnya): "Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui." (an-Nahl:43)

Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabiin tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah. 

Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh. Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan kukuh di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. 

Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan -seperti yang dijelaskan. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau perinciannya." (Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar'iyyah, ms 17-19, Beirut: Dar al-Khair).
Luas bermazhab
Sebelum ini saya telah jelaskan, betapa keterikatan atau sempit dengan satu-satu pendapat tanpa melihat kepada dalil dan logik akan menjadikan kita tidak ilmiah, bahkan boleh menyanggahi sifat Islam yang suka kemudahan untuk umatnya. 

Umpamanya, ada yang memberitahu saya bimbang makan dari bekas hidangan bukan Muslim, kalau-kalau pernah terkena khinzir dan belum dibasuh tujuh kali serta air tanah.

Saya katakan, pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab. 

Sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting hilang kesannya. Tidak ada dalil pun yang menyatakan khindir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk air tanah. 

Pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafie sendiri -walaupun berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut dan diterima pakai banyak karyanya di Nusantara ini. 

Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi'i (meninggal 780H): 

"Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi'i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. 

"Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak". (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi'i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, ms 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Bagi saya pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapal terbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan Muslim. 

Namun yang menfatwakan supaya diminum air tanah bagi sesiapa yang telah termakan sosej khinzir beberapa tahun lepas, tidak ada akal yang sejahtera yang dapat menyokong hal itu. Apatah lagi dalil syarak. 

"Sepatutnya, kenyataan seperti itu jangan disiarkan dalam media. Hanya memalukan umat Islam. Tiada seorang sahabah pun yang masuk Islam, lalu baginda Nabi SAW memerintah dia meminum air tanah. Bersikap terbukalah kita dengan mendengar dalil orang lain. Islam dengan tafsiran yang sempit sukar untuk dipasarkan kepada umat moden.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis.

Hanya rakyat marhaen


Hanya rakyat marhaen
 
Saya ingin menulis sesuatu yang agak peribadi, tetapi rasanya boleh dikongsi. Ini kerana baru-baru ini saya menerima beberapa mesej bertulis dari orang-orang muda yang dihantar kepada saya oleh beberapa pihak yang merasakan tidak sedap hendak disebut nama saya bersama dengan gelaran Dato' kerana tidak mesra kata mereka. 

Mereka kata kami semua sejak dulu terbiasa memanggil Dr Asri ataupun Dr MAZA, rasa macam tidak sedap sebut Dato' pula di depan nama. Saya senyum. Saya tidak pernah kisah tentang itu semua.
Sebelum saya meneruskan, saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada DYMM Raja Perlis atas penganugerahan kepada saya gelaran Dato' Arif Perkasa sempena hari keputeraan ada 17 Mei 2012 yang lepas. Semasa itu saya berada di UK dan tidak dapat menghadiri upacara berkenaan. 

Hanya pada 25 September baru-baru ini saya dapat menghadirkan diri untuk sesi saya yang tertangguh tersebut. Saya berterima kasih kerana pihak Istana Arau sudi kerana mentauliahkan saya yang merupakan rakyat marhaen ini Dato' bergelar bagi Istana Arau. Di sini saya coret satu perkara yang boleh kita kongsi.
Carilah orang yang salih
Apabila pihak kerajaan Perlis mengumumkan anugerah tersebut di media pada bulan Mei lepas, ramai yang menghantar ucapan tahniah. Namun dalam masa yang sama ada beberapa e-mel yang saya terima memohon agar saya tidak memakai apa-apa gelaran kebesaran. Saya perlu kekal sebagai Dr Asri, ataupun Dr MAZA. Saya perlu kekal sebagai suara rakyat marhaen, kata mereka. 

Baru-baru ini setelah pulang ke Malaysia dan saya terlibat dengan banyak program, seringkali nama saya diiklankan bersama gelaran Dato', beberapa orang menghantar pandangan kepada saya dengan sungutan seakan "alangkah baiknya jika Dr Asri ataupun Dr MAZA itu kekal dengan panggilan asalnya". 

Itu lebih mesra dan dekat di hati kami. Saya terkesan dengan hal itu.
Sebenarnya, anugerah yang diberikan kepada saya itu, hanyalah atas kemurahan hati pihak Istana Perlis sahaja. Dari segi jasa, tiada apa jasa besar saya untuk disebut ataupun dikenang. Dari segi harta, jika gelaran Dato' itu sering dibayangkan orang yang berharta, maka saya tidak termasuk untuk dibayangkan. 

Saya tidak berharta, melainkan sekadarnya seperti rakyat kebiasaan yang lain. Sehingga artikel ini ditulis, jika anda berjumpa saya di hotel mewah, itu biasanya ada penganjur program yang sewakan untuk saya. Jika anda bertemu saya dalam kereta mewah, itu menunjukkan ada orang bermurah hati menumpangkan saya. Rezeki masa depan hanya Allah Yang Maha Tahu.
Setiap kita mengetahui siapakah diri kita. Selepas Allah Yang Maha Tahu segalanya, insan itu sendirilah yang paling tahu tentang dirinya. Segala penampilan, pujian, gelaran dan pangkat yang manusia berikan tidaklah semestinya sama dengan hakikat sebenar diri yang berkaitan itu di sisi Allah Yang Maha Mengetahui. 

Betapa ramai orang yang dipuji dengan pelbagai pujian, dia sendiri pun tahu dia bahawa dia bukan layak dengan segala ungkapan itu. Betapa banyak orang yang dianggap tiada nilai ataupun rendah kedudukannya, dia di sisi Allah jauh lebih baik dari mereka yang banyak dipuji dan dipuja. 

Nabi SAW bersabda: "Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah tunaikan." (Riwayat Muslim).
Justeru, orang yang mempunyai gelaran kebesaran, belum tentu lebih baik di sisi Allah dibanding rakyat marhaen biasa. Ustaz yang berceramah di depan majlis, belum tentu lebih disayangi Allah dari mereka yang duduk di bawah mendengar ceramahnya. Bahkan mungkin yang berceramah itu Allah benci disebabkan kesombongan, riak dan ‘gila dunia' yang bersarang dalam jiwanya. 

Sementara yang hadir mendengar dengan ikhlas, tanpa sebarang tujuan melainkan mencari redha Allah, dia sangat Allah sayangi. Saya memberitahu dalam kuliah saya bahawa dalam sunah, bayi yang lahir dibawa kepada Nabi SAW lalu didoakan. Maka, eloklah membawa anak kita kepada orang salih yang mustajab doanya supaya mendoakannya. 

Ada yang salah faham, mereka sering membawa anak-anak mereka berjumpa saya supaya saya mendoakannya. Saya terpaksa beritahu mereka, saya mungkin seorang yang agak terpelajar dalam bidang agama tetapi itu tidak menunjukkan saya seorang salih, ataupun saya ini dikasihi Allah sehingga doa saya mustajab. Carilah orang yang salih, sekalipun mereka itu tidak ternama.
Rahsia insan
Insan yang baik ialah insan yang hubungannya dengan Allah sangat indah, melebihi apa yang disangka oleh manusia. Sesiapa yang baik hubungannya dengan Allah, maka Allah akan membaiki urusannya.
Namun dalam pergaulan sesama insan, kita tidak disuruh oleh Islam untuk mencari rahsia peribadi orang lain. Bahkan kita diharamkan menyingkap keaiban yang disembunyikan oleh seseorang. Kita menilai manusia apa yang zahir sahaja. Adapun urusan batinnya, itu antara dia dengan Allah. 

Khalifah ‘Umar bin al-Khattab menyebut: 

"Sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah SAW diambil tindakan berdasarkan (pemberitahuan dari) wahyu. Sesungguhnya wahyu pada hari ini telah terputus. Maka kami pada hari ini bertindak berdasarkan apa yang zahir pada kami dari amalan kamu. Sesiapa yang menzahirkan kebaikan, maka kami berikannya kedamaian (tidak diganggu) dan memuliakannya. Kami tidak masuk campur urusan rahsia batinnya. Sesiapa yang menzahirkan keburukan, maka kami tidak berinya kedamaian dan tidak mempercayainya sekalipun dia berkata batinnya baik."(Riwayat al-Bukhari).
Batin yang baik, akan melahirkan akhlak yang baik. Namun tidak dinafikan, ada batin yang jahat, tetapi berpura-pura baik pada zahirnya. Adapun kita hanya mampu menilai yang zahir, urusan rahsia batin seseorang akan dinilai oleh Tuhan. 

Justeru, kita berdoa agar batin dan zahir kita, kesemuanya dinilai baik di sisi Tuhan. Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
Ada apa pada gelaran
Kita hormati gelaran baik yang orang berikan. Namun, kita hendaklah sentiasa tahu hakikat diri kita bukan bergantung kepada apa orang sangka, tetapi kepada siapa sebenarnya kita. Rahsia batin antara dia dan Tuhan adalah intipati sebenar diri seseorang. 

Saya tersenyum apabila mendengar kisah ada orang agama yang cuba memberikan pelbagai gelaran kehebatan untuk dirinya sendiri. Saya teringatkan Nabi SAW yang menyebut:
"Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: Hamba Allah dan rasul-Nya." (al-Bukhari).
Namun dalam pergaulan, sebagai Muslim, agama mengajar kita menghormati orang lain dan beradab sopan. Kita memanggil manusia dengan panggilan yang layak atau panggilan baik yang dipanggil kepada mereka. 

Ketika Nabi SAW menghantar surat kepada maharaja Rom, baginda Nabi SAW tetap menyebut kebesaran pangkatnya. 

Nabi SAW memulakan surat baginda: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad pesuruh Allah kepada Hercules Orang Maha Besar Rom..." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Nabi SAW menyebutkan selepas namanya kedudukannya sebagaiazim ar-RumAzim bererti orang yang teramat besar Rom.
Saya tidak kisah sama ada sesiapa hendak memanggil saya Dato' ataupun tidak. Itu semua tidak mengubah apa-apa dalam hidup saya sebagai rakyat marhaen ini. Namun, saya tidak menggalak hal itu dibuat kepada orang lain, kerana mungkin nanti mereka tidak suka. Sedangkan dalam hadis riwayat Muslim secara ta'liq dan sahih: 

"Kata ‘Aishah r.a: Nabi SAW memerintahkan kami meletakkan manusia pada kedudukannya."
Adapun saya, tidak kisah selagi tidak memanggil dengan panggilan yang buruk kerana itu tidak disukai oleh agama ini. Kemuncak kepada kehidupan bukan gelaran dan pangkat, tetapi di manakah nanti tempat kita di akhirat. Ini mengingatkan saya sekali lagi kepada dialog Khalifah Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah.
"Kata Rajak bin Haiwah, ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: 

"Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: Bagus, cuma ia murah.
"Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: Belikan untukku sehelai baju". 

"Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: Bagus, cuma ia mahal. 

"
Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. 

"‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. 

"Kataku: "Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?
"Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: "Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya." (lihat: Salah al-Khalidi,Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
Pangkat dan nama adalah panggilan dan kedudukan di dunia. Hakikatnya apabila mati, seperti yang Allah nyatakan (maksudnya): 

"Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada Hari Kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu dakwa bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu dakwa." (Surah al-An'am, 94)
Panggillah saya dengan apa sahaja panggilan yang sopan sebagai insan Muslim, yang sesuai pada penilaian anda. Panggillah dengan panggilan yang masing-masing dapat menjaga kesopanan Muslim serta menjadikan jiwa kita lunak dan kita dapat bersahabat di dunia dan di akhirat. Marilah kita pentingkan persahabatan melebihi segala pangkat dan panggilan.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis.


Jangan beri gambaran salah pada Nabi


                                                                                         Isi Kandungan
Jangan beri gambaran salah pada Nabi



Ramai orang Muslim sayangkan Nabi Muhammad SAW. Namun gambaran keindahan akhlak dan kehidupan baginda itu seringkali tenggelam disebabkan pencemaran terhadap kisah kehidupan baginda yang sebenar. Pencemaran itu datang dari beberapa sudut. 

Kadang-kala ia datang dari musuh-musuh, kadang-kala ia datang dari umat Islam itu sendiri. Musuh bertujuan untuk memberikan gambaran yang salah tentang baginda. 

Sementara umat Islam terdapat mereka yang jahil, ataupun berkepentingan yang memberikan gambaran yang salah tentang Nabi SAW.

Palsu dan cacat

Umat yang jahil tidak dapat membezakan antara riwayat yang sahih dan yang palsu mengenai Nabi SAW lantas mereka menyebarkan hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan baginda. 

Mereka inilah yang Nabi SAW sendiri nyatakan dalam hadis mutawatir: 

"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka".

Sementara yang berkepentingan pula menyebarkan hadis-hadis secara tidak seimbang berdasarkan kepentingan mereka. 

Umpamanya, jika mereka itu berkepentingan politik, maka Nabi SAW digambarkan bagaikan seorang ahli politik seperti mereka. 

Sifat-sifat indah baginda dalam aspek yang lain tidak ditonjolkan, sebaliknya Nabi SAW seakan sepanjang hidupnya asyik berpolitik dalam semua perkara.
Sementara yang berkepentingan ekonomi akan menggambarkan baginda seakan sibuk untuk menghasilkan harta berkempen barangan yang mereka jual sepanjang masa. 

Bagi yang berperwatakan keras pula, cuba menggambarkan seakan Nabi SAW itu keras sepertinya. 

Sementara yang sentiasa tewas pula, cuba menggambarkan Rasulullah SAW itu sentiasa tewas dan mengalah. 

Adapun yang mengampu pemerintah akan mencari hadis-hadis Nabi SAW yang seakan mengizinkan segala kekejaman rejim atas nama agama dan salafussoleh kononnya.
Sementara yang menentang pemerintah pula, cuba mencari dalil yang menghalalkan segala tindakan mereka sekalipun sudah melampau batasan Islam.

Begitu juga yang berusaha menawan hati pengikut dengan gaya tertentu lalu mendakwa Nabi SAW seakan sepanjang masa memakai jenis pakaian tertentu seperti yang mereka pakai.
Saya melihat mereka yang sibuk dengan syamlah ataupun rida'ataupun burdah yang disidai dibahu seakan memberikan gambaran Nabi SAW itu sentiasa dalam keadaan pakaian yang sebegitu. 

Padahal, baginda seorang yang terlibat dengan pelbagai urusan umat, baginda memakai pakaian biasa, baju besi perang, jubah Roman, Yaman dan pelbagai lagi. Berdasarkan kepada keperluan semasa.

Hidup Nabi SAW bukan sekadar jadi penceramah tetapi menguruskan umat dan perjalanan hidup mereka. Bagindalah pemimpin kerohanian, pemimpin akhlak, pemimpin politik, pemimpin perang dan segalanya.

Keindahan peribadi baginda

Dalam catatan kali ini, saya ingin membuat beberapa kesimpulan tentang peribadi Nabi SAW untuk dibaca oleh semua pihak. Kesimpulan ini diambil dari riwayat yang sahih. 

Daripada riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW itu seorang yang kacak wajahnya dan indah akhlaknya. Beliau tidak mengucap ucapan yang keji. Tidak membalas dendam atas kezaliman ke atasnya, melainkan apabila seseorang melanggar perintah Allah. 

Tidak pernah diberikan pilihan antara dua perkara melainkan baginda memilih yang paling mudah selagi itu bukan satu dosa. 

Tangannya tidak pernah memukul wanita, tidak hamba abdi, tidak khadam kecuali semasa di medan perang. 

Apabila baginda berbicara dengan seseorang baginda mengadap wajah ke arah orang tersebut sehingga dia akan menyangka dialah orang yang paling baginda kasihi. 

Dalam masa yang sama baginda seorang pemalu sehingga disifatkan bagaikan pemalunya seorang gadis. Apabila baginda membenci sesuatu, nampak tandanya pada wajah baginda.

Baginda selalu memberikan senyuman. Kata Jarir bin ‘Abdillah: "Sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah SAw berjumpa denganku melainkan senyum padaku." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Kata ‘Abdullah bin al-Harith: "Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah SAW." (Riwayat al-Tirmizi, hadis sahih)

Dalam hadis sahih riwayat Ibn Majah, Nabi SAW itu apabila berjabat tangan dengan seseorang, baginda tidak akan menarik tangannya sehinggalah orang tersebut menariknya.

Percakapan baginda pula jelas, tidak tergesa-gesa dan difahami oleh setiap yang mendengar. Apabila baginda ingin mengkritik seseorang baginda tidak menyebut: 

"Mengapa si dia itu melakukan atau berkata begitu", tetapi baginda menyebut: "Mengapa ada pihak yang berkata sebegini." (Riwayat Abu Daud, sahih)

Kehalusan budi

Kata Anas bin Malik: "Aku berkhidmat kepada Nabi SAW sepuluh tahun, tidak pernah baginda berkata kepadaku ‘Ah! (mengherdik). Tidak pula berkata kepada apa yang aku lakukan: 'Mengapa engkau buat begitu?'. Tidak kepada apa yang aku tidak buat: "Mengapa engkau tidak buat?" (Riwayat al-Tirmizi, sahih)

Rasulullah SAW seorang yang pemurah. Tidak pernah berkata ‘tidak' apabila diminta sesuatu haknya. Baginda bersabda: 

"Jika aku memiliki emas sebesar Bukit Uhud, aku tidak suka berlalu tiga malam sedangkan masih ada sedikit emas itu bersamaku. Melainkan sedikit untuk membayar hutang." (Riwayat al-Bukhari).

Baginda seorang yang santun. Dalam riwayat al-Bukhari, pernah seseorang datang kepadanya, menarik rida' (kain di leher baginda) dengan kuat sehingga berbekas di tengkok baginda, kemudian bercakap kasar dengan baginda. 

Namun baginda memandang kepada orang itu dengan senyuman dan memerintahkan agar diberikan pemintaannya.

Nabi SAW itu menunaikan hajat sahabat-sahabatnya. Baginda melunaskan hutang Bilal bin Rabah, mengkahwinkan sahabat-sahabat yang masih bujang, mendengar aduan kaum wanita mengenai suami mereka dan aduan setiap pihak tentang masalah mereka. 

Bahkan baginda mendengar aduan unta yang dibebankan oleh tuannya bebanan kerja yang berat. 

Baginda bersabda kepada tuannya: "Mengapa engkau tidak takutkan Allah mengenai haiwan yang Allah telah jadikan engkau memilikinya. Sesungguhnya ia telah mengadu kepadaku engkau membiarkannya lapar dan membebankannya." (Riwayat Abu Daud, sahih). 

Justeru itu, baginda itu adalah rahmat untuk sekelian alam.

Nabi SAW seorang yang tawaduk (rendah diri), berjalan bersama para janda dan orang miskin untuk menunaikan keperluan mereka. 
Menerima jemputan makan sekalipun roti keras yang sudah berubah baunya. 

Baginda pernah bersabda: "Jika dijemputku memakan betis (kambing) sekalipun nescaya aku pergi. Jika diberikan kepadaku betis kambing sekalipun, aku terima." (Riwayat al-Bukhari)

Ini sehingga baginda pernah diracun oleh wanita Yahudi di Khaibar semasa menerima hadiah makanan sehingga membawa kesan ke akhir hayat. 

Baginda juga memanja dan bermain dengan anak-anak kecil. Baginda memberikan salam kepada kanak-kanak apabila baginda melalui mereka dan mendoakan untuk mereka keberkatan.

Banyak lagi sifat peribadi baginda yang unggul. Bayangkan keadaan seorang insan yang hidup dalam kalangan masyarakat Arab yang membunuh anak-anak perempuan mereka, tiada buku-buku peradaban seperti Rome, Parsi, China ataupun India. 

Namun, berakhlak dengan penuh ketinggian yang mengatasi segala tamadun.

Kita ini ingin mengikut baginda. Kita mungkin lemah dan gagal mencontohi baginda dalam segala aspek kebaikannya. 

Namun, jangan berikan gambaran yang salah kepada dunia dan non-Muslim mengenai Nabi kita yang agung itu.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis.